Ikuti Kami:

Jun Jihyun Akan Kembali Berlakon Menerusi Musim Terbaru ‘Kingdom’, Tapi Kenapa Kemunculannya Dirahsiakan?

Jun Jihyun Akan Kembali Berlakon Menerusi Musim Terbaru ‘Kingdom’, Tapi Kenapa Kemunculannya Dirahsiakan?

Rasanya ramai sekarang ini yang dah tak sabar menanti kemunculan semula drama “Kingdom”. Mendapat sambutan hangat semasa musim pertamanya, nampak gayanya naskhah fantasi ini akan kembali mengganas untuk sekuelnya yang bakal ditayangkan pada 13 Mac ini.

Bagi yang tidak tahu, drama ini mengambil tempat pada zaman Joseon, beberapa tahun selepas pencerobohan Jepun di tanah Korea (1592-1598). Ia mengisahkan tentang Putera Raja Lee Chang (Ju Jihoon) yang terlibat dengan konspirasi politik dan terpaksa menyertai misi menyiasat wabak misteri yang telah menyerang daerah selatan negara itu dan mengawal raja sekarang.

kingdom 2

“Kingdom” diwarnai dengan pelbagai pelakon hebat Korea iaitu Ju Jihoon, Bae Doona, Ryu Seungryong, Kim Sungkyu dan ramai lagi. Sebab itulah drama ini nampak gah kerana lakonan yang ditonjolkan adalah sangat mantap. Tetapi mesti ramai yang tak tahu kan yang sebenarnya aktres popular iaitu Jun Jihyun juga dikhabarkan akan menyertai musim terbaru ini? Apa?!

Pada November 2019, telah digembar-gemburkan bahawa pelakon wanita itu akan kembali berlakon dalam drama “Kingdom” selepas lakonan terakhirnya dalam drama “Legend Of The Blue Sea” pada tahun 2016. Jun Jihyun dikatakan akan muncul dalam segmen terakhir drama zombi prasejarah itu dan lagi best kerana ini adalah cubaan pertamanya melakonkan watak dalam drama lama.

jun jihyun kingdom 2

Punyalah ‘rahsia kerajaan’ sampaikan kemunculan drama ini turut disembunyikan dalam kalangan pengetahuan pihak produksi drama ini sahaja. Jun Jihyun juga telah melengkapkan penggambaran semua babaknya secara berasingan selepas semua pelakon lain selesai merakamkan babak masing-masing. Dengar cerita, dia merupakan karakter penting dalam musim kedua ini.

Misteri betul kemunculan Jun Jihyun dalam “Kingdom” kerana watak lakonannya langsung tidak didedahkan kepada sesiapa langsung sampaikan kalau anda cuba cari di laman carian pun, tiada satu informasi pun yang keluar!

drama kingdom

Betul-betul saspens sampaikan tiada siapa tahu tentang kemunculan Jun Jihyun dalam musim terbaru “Kingdom” ini. Apa-apa pun, jangan lupa tonton musim kedua drama ini secara eksklusif di Netflix pada 13 Mac ini!

Sumber: Jazmine Media

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...