Ikuti Kami:

Jo Jungsuk & Gummy Umum Bakal Timang Cahaya Mata Pertama!

Jo Jungsuk & Gummy Umum Bakal Timang Cahaya Mata Pertama!

Rasa macam nak cepat kahwin sahaja apabila melihat hubungan romantik di antara pasangan pelakon Jo Jungsuk dan penyanyi Gummy! Kepada yang tidak tahu, mereka telah membina rumah tangga pada Oktober 2018 selepas 5 tahun bercinta dan ramai yang suka melihat pasangan ini. Tambahan pula, apabila pelakon lelaki itu meninggalkan ucapan ‘sweet’ kepada isterinya semasa memenangi anugerah di “2019 SBS Drama Awards” baru-baru ini!

Lagi menggembirakan apabila suatu sumber daripada syarikat naungan Gummy iaitu C-JeS Entertainment telah pun mengesahkan bahawa pasangan sepadan itu bakal menimang cahaya mata sulung tak lama lagi!

jo jungsuk

“Betul Gummy sedang mengandung. Kedua-dua Jo Jungsuk dan Gummy sangat gembira dengan berita ini. Kandungan penyanyi itu sekarang ini sudah mencecah usia 7 minggu dan dia masih di awal peringkat kehamilan. Dia akan mengurangkan aktivitinya dan memberi fokus kepada kandungan tersebut buat masa ini. Kami mengharapkan sokongan dan restu daripada anda semua.”

Tahniah! Tak sabar nak nantikan kelahiran anak pertama pasangan berbakat ini

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...