Ikuti Kami:

Jihyo Twice & Kang Daniel Sah Bercinta

Jihyo Twice & Kang Daniel Sah Bercinta

Ketua kepada kumpulan Kpop wanita TWICE, Park Jihyo dan penyanyi Kang Daniel telah mengesahkan bahawa mereka berdua kini sedang bercinta.

Agensi yang menguruskan Kang Daniel, KONNECT memaklumkan “kedua penyanyi itu mempunyai perasaan sesama sendiri dan sedang bercinta” selepas para netizen dan media berspekulasi tentang percintaan mereka.

Susulan itu, pasangan ini kini dilabel sebagai “Most Powerful Couple” di Korea. Untuk makluman, Kang Daniel yang merupakan bekas ahli kumpulan Wanna One baru sahaja memecahkan rekod apabila album solonya terjual 342,218 unit dalam masa 24 jam.

Dilaporkan juga mereka berdua berjumpa lebih sekali dalam masa seminggu. Malah mereka sempat berjumpa sebelum Jihyo terbang untuk TWICE World Tour dan selepas Kang Daniel selesai melakukan persembahan untuk album solonya.

Apa pun tahniah diucapkan kepada pasangan sama cantik sama padan ini.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...