Ikuti Kami:

Ji Changwook Akui Selesa Berlakon Dengan Kim Yoojung Dalam ‘Backstreet Rookie’ Meskipun Jarak Umur 12 Tahun

Ji Changwook Akui Selesa Berlakon Dengan Kim Yoojung Dalam ‘Backstreet Rookie’ Meskipun Jarak Umur 12 Tahun

Selepas tamat merakamkan drama “Melting Me Softly” pada penghujung tahun lepas, sudah ramai peminat yang menantikan Ji Chang-wook kembali berlakon dan menghiasi naskhah baru. Nampaknya doa peminat akhirnya terjawab apabila lelaki itu bakal muncul dalam drama saluran SBS bertajuk “Backstreet Rookie” pada 19 Jun nanti.

Bagi yang tak tahu, “Backstreet Rookie” membawa kisah romantik yang tidak dijangka di antara pemilik kedai serbaneka Choi Dae-hyun (Ji Chang-wook) dan pekerja separuh masa Jung Saet-byeol (Kim Yoo-jung).

ji changwook dan kim yoojung berbeza umur 12 tahun

Semasa berita mengenai gandingan Ji Chang-wook dan Kim Yoo-jung bagi menjayakan drama ini diumumkan kepada umum, ramai yang melahirkan rasa tidak setuju dengan pemilihan pelakon tersebut dek perbezaan umur yang ketara iaitu sebanyak 12 tahun.

Pun begitu, pelakon lelaki itu menjelaskan bahawa dirinya berasa seronok sekali apabila menjalani penggambaran bersama Kim Yoo-jung meskipun jarak umur yang jauh. Disebabakan itulah dia berasa selesa setiap kali berada di lokasi penggambaran.

Terdapat banyak insiden yang berlaku di antara Choi Dae-hyun dan Jung Saet-byul sebelum mereka mula membina kepercayaan di antara satu sama lain. Ia juga merupakan kali pertama saya berlakon dengan Kim Yoo-jung tetapi saya berasa senang berkomunikasi dengannya seperti seorang kawan sambil berseronok ketika penggambaran.

ji changwook dan kim yoojung berbeza umur 12 tahun

Menurut Ji Chang-wook lagi, “Backstreet Rookie” adalah sebuah naskhah yang menarik kerana elemen komedi yang sangat ceria dan menyejukkan hati. Malahan ia menonjolkan hubungan dan kasih-sayang di antara individu yang berjumpa di kedai serbaneka.

Saya rasa ia adalah drama yang sarat dengan gelak ketawa, komunikasi dan empati. Anda akan berasa terhibur sambil menutup minggu tersebut.

Jangan lupa untuk saksikan “Backstreet Rookie” pada 19 Jun ini di saluran SBS!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...