Ikuti Kami:

Jessica, Bekas Ahli Girls’ Generation Terbitkan Novel Mengenai K-Pop! Peminat Cakap Macam ‘Fanfiction’

Jessica, Bekas Ahli Girls’ Generation Terbitkan Novel Mengenai K-Pop! Peminat Cakap Macam ‘Fanfiction’

Kalau anda meminati K-Pop sejak daripada tahun 2007 dan ke atas, pasti anda kenal dengan kumpulan yang dianggotai oleh 9 wanita iaitu Girls’ Generation? Mula muncul dalam kancah K-Pop sejak tahun 2007, mereka berjaya meraih gelaran sebagai kumpulan K-Pop terunggul sepanjang zaman. Lagu-lagu mereka juga banyak ‘hit’ antaranya “Gee”, “Oh!”, “Tell Me Your Wish” dan banyak lagi. Menang anugerah kiri dan kanan, pendek kata memang popular sungguh!

Pun begitu, disangkakan panas sehingga ke petang tetapi hujan di tengah hari. Pada tahun 2014, secara tiba-tiba diumumkan bahawa Jessica iaitu salah seorang daripada ahli kumpulan itu telah menamatkan kontraknya. Rata-rata peminat K-Pop terkejut mendengarkan berita ini kerana menyangka yang kumpulan Girls’ Generation akan kekal sebagai 9 orang selamanya.

jessica girls' generation terbitkan novel

Banyak khabar angin yang bertiup ketika itu. Ada yang kata, Jessica telah ditendang keluar kerana sibuk dengan jenama fesyennya sendiri iaitu “Blanc & Eclare” dan ada juga yang kata ada antara ahli kumpulan itu yang tak sebulu dengannya. Walaubagaimanapun, kesemua mereka kelihatan bahagia selepas insiden itu jadi para peminat tidak lagi memepersoalkannya.

Terbaru, Jessica dikatakan bakal mengeluarkan novel pertamanya bertajuk “Shine”. Naskhah itu mengisahkan tentang seorang gadis yang berimpian untuk menjadi bintang K-Pop. Wanita itu yang sememangnya seorang bintang terkenal dalam dunia K-Pop akan menceritakan kisah benar tentang dunia hiburan itu berdasarkan pengalamannya sendiri.

jessica girls' generation

Walaupun baru sahaja diumumkan, novel itu dikatakan sedang dalam perbincangan untuk diterbitkan sebagai sebuah filem Hollywood. Bukan itu sahaja, buku itu bakal diterjemahkan dalam 11 bahasa. Wow! Dengar cerita, “Shine” akan mula berada di rak-rak kedai buku pada tahun 2020 nanti.

Peminat yang cekap berjaya menjumpai sinopsis panjang novel itu di sebuah laman web. Menurut mereka, plot cerita ini seperti ‘fanfiction’ yang ditulis oleh peminat tentang idola mereka.

jessica terbit buku tentang k-pop

Ada peminat yang buat spekulasi sama ada Jessica akan menceritakan kisah sebenar dia meninggalkan kumpulan Girls’ Generation dalam buku itu nanti. Apa pun, sama-sama kita nantikan penerbitan buku itu supaya kita dapat selami cerita belakang tabir seorang bintang K-Pop yang dirahsiakan daripada dunia sebenar.

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...