Ikuti Kami:

Jennie Blackpink Tahan Air Mata Selepas Terbaca Komen Jahat Semasa Acara SAMSUNG Di Indonesia

Jennie Blackpink Tahan Air Mata Selepas Terbaca Komen Jahat Semasa Acara SAMSUNG Di Indonesia

Nama BLACKPINK tak perlu diperkenalkan lagi! Kumpulan K-Pop wanita ini mempunyai ramai peminat tak kiralah lelaki mahupun perempuan diseluruh pelosok dunia. Meskipun baru membuat kemunculan pada tahun 2016 tetapi nampaknya mereka berjaya meraih status sebagai kumpulan idola wanita teratas ketika ini selepas beberapa lagu mereka seperti “Ddu Ddu Ddu” dan “Kill This Love” menjadi tular dalam kalangan orang ramai.

Tapi harga kepopularitian kadang-kadang perlu dibayar dengan tohmahan daripada golongan pembenci yang mungkin sakit hati melihat kejayaan empat orang gadis muda ini. Baru-baru ini, hari yang sepatutnya bermakna buat ahli BLACKPINK bertukar sedih apabila satu insiden tidak dijangka telah berlaku kepada Jennie.

blackpink di samsung indonesia

Pada 14 Januari lepas, ahli kumpulan K-Pop popular itu telah menghadiri sebuah acara penstriman secara langsung untuk peminat. Bagi yang tidak tahu, BLACKPINK merupakan duta kepada jenama telefon bimbit terkenal iaitu SAMSUNG dan acara tersebut telah dianjurkan oleh ibu pejabat SAMSUNG di Indonesia. Acara itu sememangnya dinantikan para peminat kerana sudah sekian lama mereka tidak dapat berinteraksi dengan artis kegemaran mereka itu. Memang teruja habis!

blackpink di samsung indonesia

Walaubagaimanapun, tidak disangka apabila banyak komen kebencian yang ditinggalkan oleh segelintir peminat anti terutamanya ditujukan kepada Jennie semasa penstriman secara langsung itu berlaku. Nampak wajahnya kelihatan sugul selepas membaca beberapa komen jahat yang mengutuknya. Sepertinya gadis genit itu cuba menahan air matanya daripada gugur.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...