Ikuti Kami:

Jam Jam Tetap Disayangi Netizen Walaupun Ayahnya, Moon Heejun Dilayan Suam-Suam Kuku

Jam Jam Tetap Disayangi Netizen Walaupun Ayahnya, Moon Heejun Dilayan Suam-Suam Kuku

Korang pernah tengok tak rancangan hiburan Korea, ‘The Return of Superman’? Pasti ramai yang tonton kan? Sebab boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia yang tahu mengenai program ini. Kisah ringkas mengenai program ini bagi yang tidak mengetahui, ia membawa penonton melalui kisah kehidupan anak-anak selebriti yang dijaga sepenuhnya oleh si ayah apabila si ibu tiada di rumah untuk beberapa hari.

Rancangan ini memang kelakar kerana penonton dapat melihat kekalutan para ayah dalam menguruskan rumah tangga mereka sambil melayan karenah anak yang bermacam pe’el!

soyul moon heejun

Salah seorang selebriti yang turut serta dalam rancangan ini ialah Moon Heejun yang merupakan ahli kumpulan K-Pop terkenal zaman 90-an iaitu H.O.T. Isterinya pula adalah bekas ahli kumpulan Crayon Pop yang terkenal menerusi lagu ‘Bar Bar Bar’. Kalau korang nak tahu, ramai netizen Korea tak berapa sukakan sangat artis lelaki ini kerana dia pernah buat perangai! Antaranya ialah dia pernah bersikap kurang ajar dengan peminat, tidak bersungguh-sunguh ketika melakukan persembahan selain dikatakan hipokrit kerana membawa keluarganya muncul di kaca televisyen sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji ingin melindungi privasi keluarganya dripada perhatian media.

Apabila diumumkan keluarga Moon Heejun akan menyertai ‘The Return of Superman’, ramai netizen yang membangkang habis-habisan! Tetapi setelah melihat telatah anaknya iaitu Jam Jam yang comel, semua jadi cair hati dan mula menerima baik keluarga itu. (dorang suka Jam Jam je)

jam jam

Walaupun dilayan dingin oleh penonton semasa awal kemunculannya, tapi kini Jam Jam menjadi hiburan mereka semua. Kalau bahagian dia sikit sahaja, mesti ramai yang tak puas hati. Mereka nak saksikan lebih banyak ragam comel kanak-kanak itu! Lihat sahajalah komen daripada netizen ini.

“Comelnya Jam Jam”

“Saya mungkin benci Moon Heejun tapi anaknya memang comel”

“Kecomelan Jam Jam bantu hilangkan kepenatan saya, dia cantik sangat”

“Muka dia saling tak tumpah dengan ayahnya”

“Jam Jam kelihatan seperti bayi dalam kartun, comel!”

“Saya mahu lebih banyak bahagian Jam Jam”

Jam Jam berjaya mengubah persepsi netizen terhadap keluarganya menerusi aksi dan gelagatnya yang comel. Rata-rata netizen juga memuji bahawa kanak-kanak itu sangat pandai selain turut memberi komen postif kepada Moon Heejun dan Soyul kerana membiarkan anak mereka itu meneroka bidang kreativiti apabila dia menunjukkan minat ke arah itu.

Sumber: Allkpop, Koreaboo, Netizenbuzz

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...