IU Bakal Berganding Dengan Park Seojoon Dalam Filem ‘Dream’, Netizen Beri Reaksi Negatif Terhadap Lakonannya?

iu dan park seojoon

IU atau pun Lee Jieun yang mula dikenali sebagai seorang penyanyi kini merupakan antara selebriti rebutan para pengarah supaya menjadi heroin naskhah mereka. Antara projek popular yang pernah dibintangi oleh gadis genit ini ialah “Dream High”, “Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo”, “My Mister”, “Hotel Del Luna” dan banyak lagi. Meskipun sibuk dengan aktiviti nyanyiannya tetapi IU tetap tidak lupa dengan keghairahannya sebagai seorang pelakon.

iu

Baru-baru ini telah dilaporkan bahawa gadis berusia 27 tahun ini bakal muncul dalam filem bertajuk “Dream” di mana dia akan bergandingan bersama dengan pelakon popular Park Seojoon. Projek ini akan dikemudi oleh pengarah Lee Byunghun yang pernah mengarahkan naskhah popular seperti filem “Extreme Jobs” dan drama “Melo Is My Nature”.

Tiada lagi deskripsi watak yang dikeluarkan mengenai karater yang bakal dimainkan oleh IU namun “Dream” mengisahkan tentang sekumpulan orang muda yang mencuba untuk Liga Dunia Homeless, satu acara bola sepak antarabangsa yang diadakan pada saban tahun. Pasukan bola sepak itu dijaga oleh jurulatih Yoon Hongdae (Park Seojoon), seorang pemain bola sepak yang dikenakan tempoh percubaan atas kesalahan disiplin selepas ditangkap dalam satu insiden yang tidak dijangka.

park seojoon

Selepas sahaja berita IU bakal menjadi watak wanita utama dalam filem ini tersebar ke seluruh portal media, rata-rata netizen memberikan reaksi yang bercampur mengenai lakonan selebriti tersebut.

“Mereka tak sepadan langsung.”

“Sokongan apa yang IU ada sehinggakan dia dapat berlakon sebagai watak utama seperti ini? Dia bukannya bagus sangat pun.”

“IU tolonglah letakkan garisan. Awak lebih bersinar ketika menyanyi.”

“IU bekerja sangat keras~ Berharap agar penggambaran berjalan dengan selamat!”

“Jang Manwol dah kembali! IU hebat!”

“Saya seronok menonton ‘Hotel Del Luna’, tak sabar menanti filem ini!”

Mungkin ada sebab kenapa IU asyik dipilih oleh pengarah filem dan drama? Okay sahaja dia berlakon, tak nampak teruk pun?

Sumber: Soompi, Netizenbuzz

Leave a Reply