Ikuti Kami:

“Ini Adalah Diri Saya” – Han Sohee ‘The World Of The Married’ Jawab Kontroversi Cacahan Tatu & Gambar Merokok

“Ini Adalah Diri Saya” – Han Sohee ‘The World Of The Married’ Jawab Kontroversi Cacahan Tatu & Gambar Merokok

Nama pelakon Han So-hee kini sentiasa meniti di bibir peminat K-Drama selepas persembahan hebatnya dalam drama popular “The World Of The Married”. Pun begitu apabila dah semakin terkenal, ada pula yang cuba tabur pasir dalam periuk nasinya dengan menyebarkan gambar lamanya di mana dia menghisap rokok selain kelihatan lengannya dihiasi dengan cacahan tatu.

Berita itu tersebar di sekitar laman komuniti semasa drama tersebut masih ditayangkan dan model yang juga pelakon itu mengambil langkah untuk mendiamkan diri sahaja daripada memberikan sebarang komen mengenai pendedahan tersebut.

han sohee perjelas gambar tatu dan rokok

Walaubagaimanapun, selepas tamat “The World Of The Married”, Han So-hee telah membuka cerita mengenai kisah silamnya menerusi satu temu bual rasmi bagi penutup naskhah tersebut. Dengan tenangnya, dia menjawab persoalan ‘panas’ itu.

Tidak. Saya tak terkejut.

Tambah Han So-hee, dirinya itu adalah dirinya yang dahulu dan juga sekarang. Menurutnya, gambar tersebut telah diambil sekitar 4 ke 5 tahun lepas.

Itu adalah diri saya yang dahulu dan juga yang sekarang. Tak banyak beza di antara dahulu dan kini. Semakin anda bekerja, pasti akan ada kekangan. Saya cuba melaraskan kerja dengan halangan itu dan ianya membina saya yang sekarang.

han sohee

Wanita tinggi lampai ini juga berterima kasih kerana dia menerima sokongan daripada golongan wanita. Dia jelas bersyukur dengan peminat yang ada di sampingnya sepanjang kontroversi itu diperkatakan.

Bukan buat kesalahan undang-undang pun kan? Relaks!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...