Ikuti Kami:

Ibu Bapa Sulli Dikhabarkan Bergaduh Kerana Harta Peninggalannya Bernilai RM 18 Juta?

Ibu Bapa Sulli Dikhabarkan Bergaduh Kerana Harta Peninggalannya Bernilai RM 18 Juta?

Walaupun selebriti terkenal di Korea iaitu Sulli telah pun pergi meninggalkan dunia sudah hampir seminggu tetapi kisah sedihnya itu masih lagi menjadi buah mulut orang ramai. Ingatkan semua akan cuba mendiamkan diri mengenai apa-apa hal mengenai gadis berusia 25 tahun itu supaya dia tenang di sana, namun kini kecoh pula mengenai hal keluarganya.

Khabar angin bertiup kencang bahawa kedua ibu bapa Sulli kini sedang ber’perang’ mengenai hal urusan pewarisan harta yang ditinggalkan oleh pelakon wanita itu. Sebuah laman web dari China iaitu Sina melaporkan bahawa harta yang ditinggalkan oleh Sulli berjumlah hampir RM 18 juta dan keluarga mereka mula berantakan kerana pembahagian harta ini.

Walaubagaimanapun, abang kedua Sulli iaitu Choi Daehee telah membuat keputusan untuk tidak menerima apa-apa pewarisan harta daripada adik perempuannya itu. Dia menjelaskan bahawa dia tidak mahu membelanjakan duit hasil usaha Sulli kerana gadis itu sudah tiada.

Ibu Bapa Sulli Dikhabarkan Bergaduh Kerana Harta Peninggalan Bernilai RM 18 Juta?

Menurut undang-undang Korea, kesemua harta pusaka boleh dibahagikan di antara ahli keluarga merangkumi ibu bapa, pasangan, anak, dan adik-beradik kerana Sulli pergi tanpa meninggalkan sebarang wasiat. Disebabkan gadis itu masih belum berkahwin, harta tersebut akan diberikan kepada kedua ibu bapanya, dua orang abangnya dan seorang adik lelakinya.

Selain itu, Sulli pernah mendedahkan pada tahun lepas bahawa dia tinggal dengan Daehee dan lelaki itu telah bersusah-payah belajar memasak bagi menjaganya. Hal ini membuktikan bahawa gadis itu dan abang keduanya mempunyai hubungan yang rapat.

Sulli sudah pun tiada, tak sepatutnya keluarganya berantakan mengenai hal ini. Bayangkan perasaan gadis itu sekiranya berita yang dikhabarkan ini adalah benar.

Sumber: MalayMail

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...