Ikuti Kami:

Hyunbin Renung Son Yejin Dengan Kasih Sayang, Netizen Syaki Mereka Sebenarnya Bercinta!

Hyunbin Renung Son Yejin Dengan Kasih Sayang, Netizen Syaki Mereka Sebenarnya Bercinta!

Walaupun dah dua hari tamat tayangan, tetapi ramai dah rindu dengan drama “Crash Landing On You” yang diterajui oleh Hyunbin, Son Yejin, Seo Jihye dan Kim Junghyun. Naskhah melodrama ini ternyata mencipta fenomena dalam gelombang Hallyu di seluruh dunia.

Kalau anda nak tahu, punyalah popular drama ini sampaikan ia mampu menolak “Goblin” daripada takhta rating teratas dalam saluran tvN! Bukan itu sahaja, bahkan setiap kali tayangan, “Crash Landing On You” pasti akan trending di serata media sosial dan laman komuniti.

son yejin dan hyunbin

Nampak betul keserasian lakonan Hyunbin dan Son Yejin yang pernah bergandingan sekali dalam filem “The Negotiation” pada tahun 2018. Mereka sekali lagi mencipta sejarah sebagai #couplegoals menerusi drama kisah cinta antara wanita kaya Korea Selatan dan tentera Korea Utara ini.

Disebabkan terlampau padan bagai pinang dibelah dua, ramai yang ‘speku’ kedua selebriti popular ini sedang bercinta. Tambahan pula, sebelum ini ada gambar mereka berdua membeli-belah di pasaraya di US berterbangan di media sosial. Pun begitu, Hyunbin dan Son Yejin menafikan gosip ini dan menjelaskan bahawa mereka hanyalah sahabat baik.

Makin hangat gosip percintaan mereka apabila pihak produksi “Crash Landing On You” telah meriliskan beberapa keping gambar semasa penggambaran episod terakhir drama itu.

spn yejin dan hyunbin

son yejin dan hyunbin

Pandangan mata Hyunbin yang tajam menatap Seo Yejin membuatkan ramai yang penasaran dan berharap agar kedua-duanya bercinta sahaja.

Saya sedikit pun tak akan terkejut kalan mereka umum perkahwinan perkahwinan esok. Saya siap akan beri ucapan tahniah seikhlasnya.

 

Mereka berdua sangat padan.

 

Jadi, bilakah mereka akan umum perkahwinan?

 

Kalaulah mereka hanya ‘pasangan bisnes’, kedua-duanya memang pelakon yang hebat.

 

Melihatkan pandangan mata, nampak seperti mereka benar-benar bercinta. Berdegup jantung saya lihat lirik mata Hyunbin.

Kalau bercinta pun apa salahnya kan? Mesti ramai yang akan membanjiri pasangan ini dengan sokongan!

Sumber: enews24

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...