Ikuti Kami:

Hyunbin Kalah, Peminat Pertikai ‘Crash Landing On You’ Raih Hanya Satu Trofi Di 56th Baeksang Arts Awards

Hyunbin Kalah, Peminat Pertikai ‘Crash Landing On You’ Raih Hanya Satu Trofi Di 56th Baeksang Arts Awards

Semalam telah berlangsung anugerah berprestij iaitu 56th Baeksang Arts Awards yang hanya diadakan setahun sekali bagi meraikan pelbagai naskhah hebat yang dikeluarkan oleh industri drama, filem bahkan pementasan teater di Korea.

Pada akhir anugerah tersebut, setiap kategori nampaknya telah dimenangi oleh individu yang layak menerimanya atas kiraan undian peminat dan juga markah juri terpilih. Pun begitu, ada sesetengah peminat yang mempersoalkan kenapa pelakon dan juga drama “Crash Landing On You” hanya mendapat satu trofi sahaja walaupun kejayaan hebatnya pada awal tahun ini.

crash landing on you

Dicalonkan untuk “Drama Terbaik”, “Pelakon Lelaki Terbaik”, “Pelakon Wanita Terbaik”, “Pelakon Sampingan Lelaki Terbaik” namun drama melodrama ini hanya berjaya membawa pulang anugerah “Pelakon Sampingan Wanita Terbaik” menerusi lakonan hebat Kim Sun-young.

Ramai juga yang tidak berpuas hati apabila Hyunbin dan Son Ye-jin hanya membawa pulang “Anugerah Populariti TikTok” atas undian peminat.

anugerah populariti son yejin dan hyunbin

Ada yang keliru kenapa Hyun-bin tidak memenangi anugerah “Pelakon Lelaki Terbaik” walhal lelaki tersebut telah menonjolkan lakonan hebat sebagai seorang tentera Korea Utara dengan dialek pekatnya. Bahkan babak sedihnya juga berjaya meruntun hati penonton.

Saya melalui musim sejuk dengan ketawa dan air mata dek Son Ye-jin dan Hyunbin. Sedih sebab mereka tidak dapat anugerah untuk lakonan hebat itu.

 

Senang sahaja nak bawa watak Kang Ha-neul yang selekeh dan guna dialek. Tetapi memag susah untuk lakonkan watak dengan dialek Korea Utara yang pekat tapi dalam masa yang sama masih nampak tampan sehingga buat hati penonton berdebar.

 

Kenapa Pyo Chi-su (Yang Kyung-won) tak dapat satu pun?

 

Secara peribadi, saya berasa rugi sebagai seorang peminat ‘CLOY’. Dapat ‘Anugerah Populariti’ lepas itu dah habis.

 

Saya ingat Hyunbin akan dapat anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.

 

Sepatutnya Hyunbin dapat Pelakon Lelaki Terbaik. Geramnya sebab Baeksang beri semua anugerah untuk satu drama sahaja.

 

Saya rasa ‘CLOY’ lagi seronok daripada ‘When The Camellia Blooms’.

Mungkin nasib tidak menyebelahi “Crash Landing On You” kali ini tetapi tidak dinafikan saingan untuk pelakon terbaik sangat hebat. Bayangkan bertanding dengan nama hebat seperti Ju Ji-hoon, Namgoong-min, Kang Ha-neul, Kim Hye-su, Kim Hee-ae dan Gong Hyo-jin, sudah pasti agak sukar untuk Hyunbin dan Son Ye-jin memenangi anugerah tersebut.

Bahkn Kang Ha-neul juga nampak keliru dengan kemenangannya selain berasa rendah diri kerana meraih anugerah tersebut meskipun bertanding dengan nama-nama hebat. Kasihan melihat lelaki itu menggelabah dan memohon maaf.

pelakon terbaik baeksang arts awards

Tapi yang pastinya “Crash Landing On You” sudah mempunyai ramai peminat tegar tersendiri, jadi pastinya drama ini akan kekal popular untuk jangka masa yang lama.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...