Ikuti Kami:

“Hubungan Kami Masih Utuh” – Park Shinhye Jawab Persoalan Mengenai Kekasih, Choi Taejoon

“Hubungan Kami Masih Utuh” – Park Shinhye Jawab Persoalan Mengenai Kekasih, Choi Taejoon

Semua pastinya sedia maklum dengan hubungan di antara pelakon Park Shin-hye dan juga Choi Tae-joon. Mula menyulam kasih sejak tahun 2017, ramai yang seronok melihat pasangan selebriti ini meskipun mereka jarang muncul di khalayak ramai.

Walaupun banyak pasangan selebriti yang segan untuk keluar bersama kerana risau diserbu peminat tetapi Choi Tae-joon dan Park Shin-hye pernah ‘dating’ di tempat umum apabila menghadiri konsert penyanyi IU lewat tahun lepas. Sejak pelakon lelaki itu memulakan latihan khidmat ketenteraannya, kisah mereka berdua jarang dibaca pada mana-mana media sehingga ramai yang membuat spekulasi bahawa kemungkinan pasangan itu sudah berpisah.

park shinhye dan choi taejoon

Pun begitu, menerusi temubual yang disertai oleh Park Shin-hye baru-baru ini membuktikan bahawa hubungan dia dan kekasih hatinya masih lagi utuh.

Bukan niat kami untuk mendedahkan hubungan cinta ini kepada umum tetapi perkara itu terjadi dan semuanya baik-baik sahaja. Hubungan kami masih lagi kuat.

Melihatkan hubungan kedua selebriti itu yang masih lagi utuh meskipun sudah 3 tahun bercinta, rata-rata peminat mendoakan agar Choi Tae-joon dan Park Shin-hye segera melangkah ke peringkat yang lebih serius.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...