Ikuti Kami:

Hebat! Sarah Suhairi Dijemput Ke Festival Filem Antarabangsa Busan (BIFF) Sebagai Wakil Malaysia

Hebat! Sarah Suhairi Dijemput Ke Festival Filem Antarabangsa Busan (BIFF) Sebagai Wakil Malaysia

Anda pernah tak tonton sekumpulan Youtuber daripada Korea yang menggelarkan diri mereka sebagai Blimey? Bukan calang-calang tahu akaun yang dikendalikan oleh tiga anak muda iaitu Dasol, Yerim dan Jade ini kerana mereka mempunyai lebih daripada 350,000 langganan! Kalau nak tahu, kebanyakan daripada langganan tersebut datang daripada rakyat Malaysia sendiri. Laman Blimey ini boleh dikatakan agak terkenal di sini kerana tiap-tiap video mereka banyak menekankan tentang budaya di Malaysia. Contohnya, makanan tempatan, muzik nyanyian artis Malaysia, budaya dan banyak lagi.

Terbaru, tiga gadis itu telah menghasilkan satu siri istimewa yang dipanggil sebagai ‘Trail To Busan’ di mana seorang penyanyi muda daripada Malaysia iaitu Sarah Suhairi telah menyertai mereka menjelajah Busan. Yang paling bestnya apabila Sarah turut dijemput untuk membuat persembahan di Festival Jagalchi ketika di sana. Jangan main-main sebabnya video Sarah menyanyikan lagu dangdut “Senggol-Senggolan, Cubit-Cubitan” di Busan itu telah tular di seluruh pelosok Malaysia!

sarah suhairi dijemput ke festival filem antarabangsa busan

Selain itu, semasa di sana, Sarah turut dijemput oleh pihak bandar Busan untuk mewarnai majlis penutup Festival Filem Antarabangsa Busan (BIFF) sebagai wakil daripada Malaysia! Jadinya kumpulan Blimey yang terdiri daripada Jade, Yerim dan Dasol telah menghulurkan bantuan kepada gadis itu dan membantunya sepanjang dia berada di sana.

sarah suhairi dijemput ke festival filem antarabangsa busan

sarah suhairi dijemput ke festival filem antarabangsa busan

BIFF ini merupakan salah satu festival filem yang terbesar di Asia! Fokus utama festival ini adalah untuk memperkenalkan filem dan juga bakat baru yang kian meningkat naik dalam industri perfileman di serata Asia. Mereka turut menekankan produk daripada bakat baru supaya dapat mempromosikan bidang perfileman kepada generasi muda. Jadinya, jemputan Sarah Suhairi ke festival ini adalah sangat membanggakan terutamanya bagi rakyat Malaysia.

Penyanyi muda itu juga nampaknya tidak dapat menyorokkan rasa terujanya apabila melihat dengan matanya sendiri nama-nama besar dalam industri drama dan filem di Korea! Antara artis Korea yang turut menghadirkan diri di festival hebat itu ialah Lee Youngae, Bae Jongok, Kim Sohye, Kim Huiae dan ramai lagi. Untunglah Sarah dapat lihat semua selebriti tersebut dengan dekat!

sarah suhairi dijemput ke festival filem antarabangsa busan

sarah suhairi dijemput ke festival filem antarabangsa busan

Sarah turut meluahkan rasa kagumnya apabila melihat festival filem tersebut yang nampak mewah dan eksklusif. Dia juga turut menceritakan bahawa festival filem di Malaysia agak berbeza dengan festival filem di Busan kerana di sini setiap anugerah diselang-selikan dengan persebahan nyanyian tetapi di sana, majlis itu akan menayangkan filem yang tercalon untuk tontonan penonton yang berada di dalam dewan tersebut.

Seronoknya Sarah Suhairi dapat sertai dan lihat sendiri macam mana festival filem yang terbesar di Asia itu dijalankan. Best!

Sumber: Youtube (Blimey)

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...