Ikuti Kami:

Hantar Masuk Tentera, Netizen Selar Teman Wanita Seungri Kerana Sanggup Bercinta Dengan Lelaki Itu

Hantar Masuk Tentera, Netizen Selar Teman Wanita Seungri Kerana Sanggup Bercinta Dengan Lelaki Itu

Selepas lama tertangguh, akhirnya Seungri iaitu bekas ahli kumpulan BIG BANG telah pun selamat mendaftarkan diri ke dalam kem tentera bagi melaksanakan kewajipannya sebagai rakyat Korea. Lelaki itu memulakan latihan khidmat ketenteraannya itu bermula 9 Mac lepas.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian ramai ialah kehadiran seorang wanita yang turut ikut serta menghantar selebriti itu. Walaupun hanya duduk di dalam kereta tetapi ramai yang menebak bahawa wanita misteri itu sebenarnya adalah kekasih Seungri yang tidak diketahui umum.

teman wanita seungri

Disebabkan oleh rasa ingin tahu yang melampau, netizen telah memulakan misi untuk ‘mengorek’ rahsia identiti wanita tersebut. Selepas ‘digali’, gerangan wanita itu akhirnya dijumpai dan dia sebenarnya ialah pelakon baru bernama Yoo Hyewon. Kalau anda nak tahu, mereka berdua turut pernah dikatakan bercinta pada tahun 2018 namun tiada kenyataan rasmi yang diberikan pada ketika itu.

yoo hyewon

Selepas khabar angin itu berterbangan, agensi pelakon wanita itu telah mengeluarkan kenyataan mengenai hubungan kedua pasangan selebriti tersebut.

Ini adalah hal peribadinya, jadi agak sukar untuk kami memberi pengesahan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa meluat mereka dengan kisah cinta ini dan menyelar Yoo Hyewon kerana masih mahu bersama Seungri meskipun lelaki itu sudah terpalit dengan pelbagai kontroversi dan perbuatan jenayah.

Kalau nak bercinta pun, kenapa dengan lelaki seperti itu?

 

Mesti ibu bapanya sedih… Kenalan pun mesti berasa malu…

 

Wanita itu pelakon? Pernah berlakon dalam drama yang mana?

 

Alasan tidak mahu memberi komen bermaksud dia bersetuju.

 

Boleh bercinta dengan lelaki seperti itu? /muntah/

 

Tolonglah bercinta dengan manusia.

Tak pastilah sama ada Yoo Hyewon dan Seungri benar-benar bercinta atau pun tak. Apa pun, selamat menjalani latihan khidmat tentera dengan tulus dan ikhlas kepada Seungri!

Sumber: TV Report

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...