Ikuti Kami:

“Halang Ambil Lesen Memandu Sebab Bahaya” – Kim Heechul Dedah Kim Jongkook Kongkong Bekas Kekasihnya

“Halang Ambil Lesen Memandu Sebab Bahaya” – Kim Heechul Dedah Kim Jongkook Kongkong Bekas Kekasihnya

Kim Heechul iaitu ahli kumpulan Super Junior memang dikenali sebagai seorang yang lantang berbicara. Mempunyai hubungan yang rapat dengan ramai orang dalam industri seni Korea, tak peliklah kalau dia tahu semua rahsia yang disimpan oleh kebanyakan selebriti di sana. Salah seorang yang menjadi mangsa terbaru Heechul ialah Kim Jongkook iaitu penyanyi dan juga ahli rancangan “Running Man”.

Semasa tayangan program “My Ugly Duckling” yang lepas, Heechul dengan selambanya mendedahkan bahawa dia tahu mengenai beberapa cerita tentang hubungan lelaki berbadan sasa dan bekas teman wanitanya.

heechul dedah kisah teman wanita kim jongkook

“Satu masa dahulu, saya ada terdengar cerita daripada bekas kekasih Kim Jongkook. Ia berlaku hampir 10 tahun yang lalu dan ia merupakan cerita tentang keadaan Jongkkok semasa berjanji temu dengan wanita tersebut.” Heechul menambah, “Jongkook adalah orang yang sangat cerewet dan teliti. Dia juga suka memerintah.”

Kim Jongkook yang terkejut dengan cerita sensasi itu terus memandang Heechul dan ahli Super Junior tersebut terus menyambung kisah itu. “Saya dengar daripada kekasih awak yang awak tak benarkan dia mengambil lesen memandu kerana ia (memandu) adalah sesuatu yang merbahaya. Awak risaukan dia.”

“Saya cakap macam tu ke?” soal Kim Jongkook yang sedikit gelabah. “Awak sedang bercakap tentang siapa? Adakah ia berlaku semasa saya masih muda, sekitar 20-an?” Heechul terus mengusik,“Boleh tak saya dedahkan namanya?”

Masa umur 20-an kan, pasti Kim Jongkook ‘overprotective’ sikit. Mungkin dia sudah lebih tenang dan tak mengawal sangat sekarang ini?

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...