Ikuti Kami:

Ha Jungwoo Akui Guna Propofol Atas Saranan Doktor, Netizen Pertikai Kenapa Menyorok Bawah Nama Adik

Ha Jungwoo Akui Guna Propofol Atas Saranan Doktor, Netizen Pertikai Kenapa Menyorok Bawah Nama Adik

Ingat tak khabar angin yang bertiup kencang daripada minggu lepas mengatakan bahawa terdapat beberapa selebriti terkenal yang telah dikenal pasti menyalahgunakan dadah jenis propofol. Walaubagaimanapun tiada nama yang dikeluarkan oleh pihak media melainkan salah seorang daripada artis itu merupakan pelakon terkenal dan telah membeli dadah tersebut di bawah nama adiknya.

Semakin kencang angin yang bertiup, ada pula yang mendedahkan bahawa pelakon tersebut ialah Ha Jungwoo yang terkenal dengan lakonan mantap dalam pelbagai filem seperti “Along With The Gods”, “The Handmaiden”, “Ashfall” dan banyak lagi.

ha jungwoo salah guna propofol

Disebabkan oleh gosip liar itu, agensi naungan lelaki tersebut iaitu Walk House Company telah pun memberikan kenyataan rasmi mengenai hal itu.

Ha Jungwoo telah beberapa kali mendapatkan rawatan kulit kerana parut di mukanya. Pada Januari 2019, dia telah diperkenalkan dengan sebuah klinik yang menggunakan kaedah laser sebagai rawatan dan doktor yang bertugas sangat membantu dalam menghulurkan bantuan untuk memulihkan parut di wajahnya itu.

Syarikat naungan itu turut menyatakan bahawa Ha Jungwoo telah mendapatkan rawatan tersebut sebanyak 9 ke 10 kali dari jangka masa 25 Januari ke September tahun lepas dan bertegas bahawa dia tidak mengambil dadah tersebut secara melampau. Disebabkan rawatan laser itu agak menyakitkan, doktor menasihatkan dia mengambil anestesia (propofol).

Bagi melindungi privasinya sebagai seorang yang terkenal, doktor yang bertanggungjawab terhadap rawatannya yang telah meminta pelakon itu untuk datang ke klinik dengan memakai topi dan topeng muka untuk melindungi privasinya. Selain itu, dia turut meminta informasi mengenai nama pengarah syarikat, adiknya dan pengurus semasa rawatan itu berjalan. Syarikat naungan Ha Jungwoo tidak memikirkan perkara yang aneh mengenai permintaan tersebut kerana ia adalah arahan daripada doktor di klinik itu.

ha jungwoo

Walk House Company menambah bahawa pelakon di bawah jagaan mereka itu sudah menghabiskan rawatan tersebut pada musim luruh 2019 tetapi dia akan memberikan kerjasama penuh sekiranyan polis meminta keterangan daripadanya.

Pun begitu, para netizen yang mendengarkan kenyataan ini langsung tak percayakannya kerana banyak perkara yang boleh dipersoalkan. Kalau ia bukan sesuatu yang menyalahi undang-undang,kenapa Ha Jungwoo perlu menyorok di bawah nama adiknya untuk mendapatkan rawatan. Selain, pihak hospital itu yang berkelakuan pelik dengan membenarkan perkaran yang menyalahi undang-undang berlaku.

Selalunya hospital pasti akan sibuk mengiklankan sekiranya mereka didatangi selebriti tetapi klinik ini bagi guna nama adik dan suruh datang sambil tutup wajah??

 

Pergi hospital untuk dapatkan rawatan, dah kenapa kena dapatkan rawatan secara sorok-sorok dengan guna nama adik. Bukannya dia ada peminat fanatik macam idola.

 

Tapi kenapa kena guna nama adik daripada awalnya? Tak paham langsung.

 

Nama ‘Ha Jungwoo’ hanyalah nama pentas, nama sebenarnya ialah Kim Sunghoon kan? Nama sebenarnya adalah nama yang sangat biasa tapi gunakan nama adiknya untuk dapatkan preskripsi? Bukankah itu salah di sisi undang-undang perubatan? Dan pihak hospital sendiri yang cadangkan idea itu? Sangatlah pelik.

 

Kalau betul lah apa yang Ha Jungwoo katakan, pihak hospital telah melakukan kesalahan yang teruk. Bukan sahaja pesakit bahkan mereka minta maklumat orang asing lain?

 

Teruknya alasan yang diberikan, ingat seluruh negara ini bodoh ke?

 

Tapi kenapa jalankan rawatan di bawah nama adik? Kalau benar-benar tak bersalah, guna sahajalah nama sendiri.

Ha Jungwoo juga turut mengeluarkan kenyataan bagi meredakan kontroversi ini yang boleh merosakkan kariernya sebagai artis. Lelaki itu turut menjelaskan kenapa dia lambat membersihkan namanya.

Sebagai artis, tidak membantu sekiranya nama saya berada dalam media kerana kontroversi. Paling penting, saya sangat berharap kes ini akan diam dengan sendirinya kerana saya tiada kaitan dengannya.

Boleh tahan pelik juga kan? Sama-sama kita nantikan kemas kini daripada pihak polis mengenai kes ini.

Sumber: Ilgan Sports

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...