Ikuti Kami:

Gu Hyesun Didakwa Obsesif Terhadap Ahn Jaehyun Sepanjang Perkahwinan Mereka?

Gu Hyesun Didakwa Obsesif Terhadap Ahn Jaehyun Sepanjang Perkahwinan Mereka?

Pasti semua mengetahui tentang kemelut rumah tangga yang sedang dilalui oleh Gu Hyesun dan Ahn Jaehyun. Walaupun sebelum ini kebanyakan netizen menyebelahi Gu Hyesun, tapi selepas terbongkar sedikit demi sedikit kisah perkahwinan mereka, makin ramai pula yang beralih arah dan mula menyokong Ahn Jaehyun.

Khabar angin terbaru yang bertiup kencang kini menyatakan bahawa Gu Hyesun sangat obsesif terhadap suaminya sepanjang perkahwinan mereka.

guhyesun

Salah seorang kenalan Ahn Jaehyun menceritakan kepada pihak media, “Gu Hyesun sentiasa meragui Ahn Jaehyun sepanjang perkahwinan mereka. Dia sendiri tahu yang kakitangan untuk tata hias dan penata pakaian untuk suaminya adalah perempuan dan setiap kali dia bersama mereka, dia akan menuduh, ‘Awak ada dengan perempuan.'”

Seorang kenalan lain menyatakan, Ahn Jaehyun memang suka keluar minum tetapi dia bukan seorang yang akan buat kesilapan atau mencetuskan masalah berkaitan dengan perempuan. Apabila Gu Hyesun menelefon Ahn Jaehyun dan meminta dia pulang ke rumah pada masa yang ditetapkan, lelaki itu akan segera balik walaupun tak sampai 30 minit dia duduk.”

guhyesun_ahnjaehyun

Dispatch juga mendedahkan terdapat rangkaian mesej di mana Gu Hyesun menanyakan keberadaan suaminya dan dia bersama dengan siapa.

Khabar angin juga mengatakan Gu Hyesun selalu meminta Ahn Jaehyun untuk menghubunginya menerusi ‘video call’ untuk memeriksa suaminya. Dia menjelaskan tindakannya itu kerana suaminya itu tidak boleh dipercayai.

Sumber lain menambah, “Dia tidak memberi perhatian pada apa yang Ahn Jaehyun cakapkan. Sampai ke satu tahap, ia sangat sedih untuk dilihat.”

Sepertinya pertelingkahan pasangan ini seperti tiada kesudahan. Makin lama makin terbongkar keburukan masing-masing. Tapi apakah kesudahannya kepada hubungan Ahn Jaehyun dan Gu Hyesun ini?

Sumber: Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...