Semuanya pasti masih lagi ingin tahu mengenai pengakhiran kemelut rumah tangga di antara pelakon Ahn Jaehyun dan Goo Hyesun. Walaupun penceraian mereka sedang dalam perbicaraan tetapi mereka tidak mendedahkan isu tersebut dengan lebih terperinci kepada peminat.
Terbaru, Goo Hyesun telah menimbulkan kerisauan orang ramai apabila dia memuat naik sekeping gambar di laman Instagram dengan kapsyen,
Saya akan pergi tak lama lagi
Risau sekiranya pelakon itu mengambil tindakan drastik, para peminat mula membanjiri ruangan komen entri tersebut dengan kata-kata semangat dan cuba menceriakan Gu Hyesun.
Mungkin tidak sangka ramai yang akan memberikan reaksi negatif terhadap entrinya itu, dia kemudiannya memuat naik satu lagi gambar dengan penjelasan bahawa dia akan pergi jauh kerana bakal ke England untuk menyertai sebuah program pertukaran pelajar.
Netizen yang membaca penjelasan Gu Hyesun ini mengucapkan selamat maju jaya terhadap kehidupan barunya itu selain memuji kecantikannya. Namun begitu, ada juga segelintir orang yang mencemuh pelakon wanita ini yang seperti cuba menarik perhatia ramai dengan entrinya itu.
Apa-apa pun, selamat berjaya Gu Hyesun!
Sumber: YTN