Ikuti Kami:

Gu Hyesun Akui Marah Dan Mahu Musnahkan Hidup Ahn Jaehyun

Gu Hyesun Akui Marah Dan Mahu Musnahkan Hidup Ahn Jaehyun

Kita masih lagi dalam perdebatan mengenai hubungan rumah tangga pelakon Gu Hyesun dan Ahn Jaehyun yang kian retak menanti belah. Kelmarin, Gu Hyesun mengejutkan netizen apabila dia memuat naik gambar seseorang berpakaian jubah mandi. Ramai yang menebak gambar itu kononnya adalah bukti untuk menuduh Ahn Jaehyun curang di mahkamah nanti.

Namun begitu, tak lama kemudian, Gu Hyesun telah bertindak memadam gambar tersebut daripada laman Instagramnya. Wanita itu kemudiannya telah memuat naik satu lagi entri baru dan meluahkan perasannya mengenai hal rumah tangga mereka.

gu hyesun akui mahu hancurkan hidup ahn jaehyun

“Sangat pelik. Kalian mesti rasa yang saya telah menyebabkan dia jadi gila walhal dia yang tidak setia dengan perkahwinan kami. Hal ini menyebabkan saya mendapat tahu mengenai sesuatu situasi yang membuatkan saya mengesyaki dia curang dan bertindak ganas semasa dia mabuk.

“Sejujurnya, saya berasa sangat penat melakukan kerja rumah, jadi saya tidak mampu memberikan perhatian penuh kepadanya. Ia adalah bertentangan dengan sikap obsesif. Mungkin dia juga bersabar dengan saya tetapi meminta untuk bercerai adalah sesuatu yang kejam selepas saya menjalani hidup saya dengan sentiasa bersabar dengannya. Saya berterusan menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa dikhianati selepas mendapat  tahu suami saya telah lama bersedia untuk bercerai dengan bantuan syarikatnya.

“Walaubagaimanapun, kami tidaklah sentiasa membenci satu sama lain sepanjang tiga tahun hidup bersama. Untuk jangka masa yang lama, kami menghargai satu sama lain dan juga bahagia. Itu yang menyebabkan saya sukar untuk menerima situasi ini.

“Penceraian kami sedang diproses dan saya diberitahu ia akan mengambil masa yang lama. Sehingga ke hari ini, saya membenci dia dan berharap supaya dia musnah. Sesudah saya meluahkan rasa marah ini, dia tidak akan muncul lagi di sini (laman Instagram). Kerana saya sudah tidak mencintainya lagi.”

Rata-rata netizen yang membaca entri Gu Hyesun ini jatuh simpati dengan suaminya kerana terpaksa menahan ‘kegilaan’ isterinya itu selama hampir tiga tahun. Mereka turut menyelar tindakan Gu Hyesun yang tidak malu menceritakan segala masalah rumah tangganya kepada semua orang dan berharap agar dia berhenti menggunakan media sosial buat sementara waktu ini.

Sumber: Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...