Ikuti Kami:

Gu Hyesun & Ahn Jaehyun Bakal Bertemu Dalam Sesi Pengantaraan Pertama Untuk Proses Penceraian

Gu Hyesun & Ahn Jaehyun Bakal Bertemu Dalam Sesi Pengantaraan Pertama Untuk Proses Penceraian

Rasanya macam lama tak dengar berita mengenai Gu Hye-sun dan Ahn Jae-hyun kan? Nampak gayanya kedua pelakon ini lebih senang memberi fokus kepada kerjaya dan kehidupan peribadi sendiri semenjak mengumumkan perpisahan mereka.

Walaupun mengelak untuk bertembung tetapi bekas pasangan ini dikhabarkan bakal menghadiri sesi pengantaraan pertama di Mahkamah Keluarga Seoul sebagai salah satu proses penting untuk mencapai penceraian yang aman pada 15 Julai nanti.

Bagi yang tidak tahu, pengantaraan ialah proses yang dalamnya pihak-pihak yang bertikai menyelesaikan pertikaian mereka secara sukarela dan damai dengan bantuan seorang pengantara. Sidang pengantaraan akan diadakan dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas pihak-pihak menandatangani Perjanjian Persetujuan untuk Pengantaraan.

gu hyesun dan ahn jaehyun

Sekiranya kedua belah pihak setuju untuk bersama semula, proses penceraian tersebut tidak akan diteruskan. Namun jikalau semua pihak mencapai satu kata sepakat untuk bercerai dengan bersyarat, mereka akan berpisah secara serta-merta. Pun begitu, sekiranya mereka mahu bercerai walaupun tidak bersependapat antara satu sama lain, perbicaraan mengenai penceraian itu akan mengambil tempat.

Harapnya kedua-dua Ahn Jae-hyun dan Gu Hye-sun akan menyelesaikan kemelut ini secara baik.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...