Ikuti Kami:

Goo Hara Pernah Dedah Tidak Ada Hati Mahu Berkahwin, Reaksi Kwangsoo Buat Netizen Berteka-Teki

Goo Hara Pernah Dedah Tidak Ada Hati Mahu Berkahwin, Reaksi Kwangsoo Buat Netizen Berteka-Teki

Kebelakangan ini, banyak betul kes artis K-Pop yang bunuh diri. Bermula daripada Sulli yang mengambil nyawanya sendiri pada 14 Oktober lepas dan sebulan selepas itu, salah seorang daripada rakannya iaitu Goo Hara turut dijumpai mati di rumahnya. Dengan kematian tragis kedua-dua gadis ini, ramai peminat mula sedar bahawa kehidupan sebagai artis K-Pop ini tidaklah seindah mana. Kemasyhuran sebagai selebriti perlu dibayar dengan harga sabar yang tinggi daripada cercaan dan kritikan orang ramai.

goo hara running man episod 388

Umum menegetahui bahawa Goo Hara telah mengalami episod duka pada awal tahun ini apabila dia didedahkan telah menerima deraan mental dan fizikal akibat daripada perbuatan bekas teman lelakinya iaitu seorang pendandan rambut bernama Choi Jongbum. Lelaki durjana itu telah mengugut akan menyebarkan video intim mereka kepada orang ramai kerana berang apabila mukanya dipenuhi cakaran selepas gadis itu bertindak melawan serangan lelaki itu yang secara tiba-tiba menceroboh masuk ke rumahnya. Rata-rata netizen beharap agar lelaki itu dijatuhkan hukuman setimpal kerana menyeksa Goo Hara sedemikian rupa.

Selepas pemergian gadis berusia 28 tahun itu, seorang pengguna Twitter telah memuat naik sedutan video pendek ketika Goo Hara menyertai rancangan “Running Man” (episod 388) sebagai seorang tetamu di mana ianya ditayangkan pada Februari 2018.

Dalam klip video itu, Yoo Jaesuk telah bertanyakan kepada gadis itu sama ada dia masih lagi mahu berkahwin pada usia 36 tahun seperti yang pernah disebutnya sebelum ini. Walaubagaimanapun, Goo Hara menafikannya dan berkata bahawa dia sudah tiada hati untuk berkahwin.

goo hara dedah tidak mahu berkahwin

Reaksi Lee Kwangsoo nyata memberikan ‘hint’ kepada penonton bahawa berkemungkinan dia sudah dapat menghidu masalah yang dihadapi oleh Goo Hara. Lelaki tinggi lampai itu telah ‘memaki’ individu yang telah menyakiti gadis itu sehingga membuatkan dia tidak mahu berkahwin lagi. Goo Hara dan selebriti lain yang berada di situ hanya tertawa melihatkan reaksi Kwangsoo yang tiba-tiba sebelum ditenangkan oleh Yoo Jaesuk. Kim Jongkook juga menambah, “Selalunya wanita akan jumpa beberapa lelaki sampah dahulu sebelum bertemu dengan lelaki yang baik.”

reaksi lee kwangsoo goo hara dedah tidak mahu berkahwin

reaksi lee kwangsoo goo hara dedah tidak mahu berkahwin

Rata-rata peminat yang melihat sedutan video itu terus menebak bahawa Lee Kwangsoo mungkin menegetahui tentang kesukaran yang dihadapi oleh Goo Hara kerana masalah lelaki. Yoo Jaesuk juga dilihat memegang lembut bahu gadis itu dan memujuk, “Penat kan?”

goo hara running man

Perkara sudah lepas, harapnya mendiang Goo Hara tenang di sana.

Sumber: Youtube, Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...