Ikuti Kami:

Girls’ Generation Bakal Buat Comeback Dengan Ahli Penuh Tak Lama Lagi?

Girls’ Generation Bakal Buat Comeback Dengan Ahli Penuh Tak Lama Lagi?

Peminat kumpulan ‘lejen’ Girls’ Generation pastinya sekarang ternanti-nanti kesemua 8 wanita itu untuk kembali dan mempromosikan sebagai kumpulan penuh. Sejak ahlinya iaitu Sooyoung, Tiffany dan Seohyun membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak bersama SM Entertainment, aktiviti kumpulan wanita itu telah terhenti buat sementara waktu.

girls' generation

Tapi nampaknya seperti ada berita baik kerana kesemua ahli kumpulan itu sepertinya memberi klu bahawa mereka mungkin akan bersama semula tak lama lagi untuk kembali di bawah nama Girls’ Generation. Seriuslah??!

Seorang daripada mereka telah menulis,

Perkara yang anda semua tunggu dan nantikan bakal tiba. Anda semua tahu apa kan~??

Taeyeon pula memuat naik gambar keratan rambutnya di lantai dan mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Wanita itu juga meletakkan gambarnya sedang merakam dalam studio dan satu pos biasa dengan kapsyen,

Hidup ini memang ‘tiba-tiba’.

girls' generation

Ahli Girls’ Generation lain seperti Hyoyeon, Yuri, Yoona dan Seohyun juga turut meninggalkan banyak entri yang menyatakan rasa rindu mereka kepada peminat SONE.

Seohyun yang menyatakan bahawa ‘perkara yang dinantikan bakal tiba’ juga menolak dakwaan peminat bahawa kenyataannya itulah tentang watak ‘Ji Anna’ dalam drama pendek “Hello, Dracula” yang akan ditayangkan pada miggu hadapan.

Rindunya 8 ahli Girls’ Generation, cepatlah kembali!

Sumber: Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...