Ikuti Kami:

Gabungan 3 Negara, Netizen Kagum Lihat Amyra Rosli, Nia Ramadhani & Lisa Blackpink Berwajah Seiras!

Gabungan 3 Negara, Netizen Kagum Lihat Amyra Rosli, Nia Ramadhani & Lisa Blackpink Berwajah Seiras!

Orang Asia ini memang cantik-cantik belaka tahu! Walaupun tubuh badan sedikit genit daripada wanita daripada negara barat tetapi kecantikan wajah mereka memang sukar untuk ditandingi.

Buktinya apabila ada tiga pelakon cantik daripada negara yang berlainan sampaikan bukan peminat lelaki sahaja jatuh suka bahkan peminat wanita juga menjadikan mereka sebagai idola! Para wanita cantik ini ialah Amyra Rosli (Malaysia), Nia Ramadhani (Indonesia) dan Lisa Blackpink (Thailand).

Ketiga-tiga selebriti ini bukan sahaja menawan tapi ramai netizen yang cakap bahawa muka mereka sangatlah seiras sampai ada yang keliru mana satu Amyra, mana satu Lisa dan mana satu Nia!

lisa blackpink amyra rosli dan nia ramadhani muka seiras

Yang membezakan antara Lisa dengan Nia dan Amyra ialah pelakon daripada Indonesia dan Malaysia ini sudah pun mempunyai cahaya mata yang comel belaka! Tapi tak apa sebab Lisa pun masih muda lagi, baru sahaja berusia 23 tahun dan perlu banyak lagi masa untuk enjoy sementelah dia baru sahaja mengecap populariti dua tahun kebelakangan ini.

lisa blackpink amyra rosli dan nia ramadhani muka seiras

Rata-rata netizen memang kagum apabila melihatkan gambar mereka bertiga apabila diletakkan bersama-sama. Wajah masing-masing saling tak tumpah, silap-silap orang ingat adik beradik!

lisa blackpink amyra rosli dan nia ramadhani muka seiras

lisa blackpink amyra rosli dan nia ramadhani muka seiras

Tak sangka mereka semua mempunyai wajah yang hampir serupa kan? Lebih hebat sebab mereka semua ini daripada negara berjiran iaitu Indonesia-Malaysia-Thailand!

Sumber: Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...