Ikuti Kami:

Filem Pengembaraan Masa, ‘Gift’ Raih 13 Juta Tontonan Di Youtube Dalam Masa 14 Hari Sahaja!

Filem Pengembaraan Masa, ‘Gift’ Raih 13 Juta Tontonan Di Youtube Dalam Masa 14 Hari Sahaja!

Sejak kebelakangan ini, banyak betul cerita best yang ditayangkan di Korea. Bukan sahaja drama, bahkan filem keluaran mereka juga boleh tahan menyeronokkan! K-Drama memang mudah nak tonton di mana-mana platform dan boleh diakses beberapa jam selepas ditayangkan di Korea. Tapi bagi filem pula, anda perlu menunggu hampir sebulan lebih bagi menontonnya dengan sari kata bahasa Inggeris.

Tapi ada satu filem pendek daripada Korea ini yang anda boleh tonton di laman Youtube sahaja. Best pun best, lepas itu ianya hanya berdurasi 40 minit! Jadi, anda tak perlu ambil masa yang lama untuk menghabiskannya. Filem bertajuk “Gift” ini merupakan naskhah pendek yang diinspirasikan daripada visi korporat Samsung untuk membawa orang ramai bekerjasama menerusi tema keazaman, keusahawanan dan kolaborasi.

filem pendek gift raih 13 juta tontonan dalam masa 2 minggu

Sinopsis “Gift”

Filem ini mengisahkan tentang Sanggu (Shin Hakyun) iaitu seorang lelaki yang dibawa ke Seoul pada masa hadapan daripada tahun 1969. Tanpa sengaja, dia telah berjumpa dengan tiga orang muda iaitu Haneul (Suho EXO), Bora (Kim Seulgi) dan Youngbok (Yoo Subin). Dia yang mempunyai kepakaran dalam bidang elektronik telah membantu kesemua anak muda itu bagi menyiapkan ciptaan terbaru mereka iaitu kamera pengimejan haba yang boleh digunakan dalam usaha menyelamat sewaktu kebakaran.

filem pendek gift raih 13 juta tontonan dalam masa 2 minggu

Menurut pengarahnya iaitu Hur Jinho, dia mahu merakamkan filem yang menghiburkan walaupun dia terkenal dengan naskhah bergenre melodrama.

“Saya mahu mengarahkan filem yang menghiburkan tetapi pada masa yang sama, saya turut mahu merakamkan kegembiraan dan juga kepayahan yang dihadapi oleh anak muda zaman sekarang yang mengalami kesusahan dalam memulakan perniagaan sendiri.”

Tajaan Samsung Electronics

Kalau anda nak tahu, filem pendek ini mendapat tajaan sepenuhnya daripada syarikat ternama di Korea iaitu Samsung Electronics. Tujuan naskhah ini dihasilkan adalah untuk mempromosikan program C-Lab Outside yang memberi bantuan kepada anak muda yang baru memulakan syarikat start-up. Bantuan yang dipelopori oleh mereka merangkumi persekitaran yang dilengkapi dengan kemudahan infrastuktur yang mampu membantu mereka berkembang dan membina nilai baru.

Dalam filem ini, mereka telah memperkenalkan ciptaan baru oleh Samsung menerusi program C-Lab ini iaitu kamera pengimejan haba IGNIS. Tujuan kamera ini dicipta adalah untuk membantu para ahli bomba dalam aktiviti mencegah dan menyelamat. Hebat!

filem pendek gift raih 13 juta tontonan dalam masa 2 minggu

Jumlah tontonan yang membanggakan

Walaupun baru sahaja 2 minggu ditayangkan menerusi laman Youtube Samsung Elctronics, filem “Gift” ini telah berjaya meraih tontonan berjumlah 13 juta! Walaupun dibarisi oleh pelakon berbakat seperti Shin Hakyun, Kim Seulgi, Suho dan Yoo Subin, tetapi plot cerita ini berjaya menyentuh hati penonton. Hal ini kerana mereka menekankan kesusahan yang dialami oleh anak muda yang bekerja keras dalam memulakan perniagaan sendiri.

Anda semua boleh tonton sebabnya filem pendek ini turut mempunyai sari kata bahasa Inggeris. Jadi, anda semua boleh tontonnya terus daripada laman Youtube.

 

Sumber: GoKpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...