Ikuti Kami:

Episod ‘The King: Eternal Monarch’ Tiada 29 Mei Ini, Penonton Dedah Teori Gerangan Penyelamat Lee Gon Semasa Kecil

Episod ‘The King: Eternal Monarch’ Tiada 29 Mei Ini, Penonton Dedah Teori Gerangan Penyelamat Lee Gon Semasa Kecil

Walaupun sudah memasuki episod ke-12, masih banyak lagi misteri yang menyelubungi beberapa plot dalam drama “The King: Eternal Monarch”. Salah satu persoalan yang asyik bermain dalam benak penonton ialah penyelamat misteri yang memegang kad pengenalan polis milik Jung Tae-eul (Kim Go-eun) semasa membantu Lee Gon (Jeong Hyun-jun) daripada dibunuh oleh Lee Rim (Lee Jung-jin).

Kini menghampiri penamat, peminat drama fantasi ini cuba membina teori sendiri bagi merungkai misteri penyelamat tersebut. Rasanya semua yakin bahawa individu itu bukannya Jung Tae-eul seperti yang disangka pada awalnya, memandangkan sosok tubuhnya yang tegap seperti lelaki.

penyelamat lee gon

Tiga watak yang mungkin merupakan penyelamat Lee Gon kecil

1. Lee Gon dewasa

Tebakan bahawa penyelamat Lee Gon kecil sebenarnya adalah Lee Gon dewasa dikuatkan lagi dengan kuasa cermin tersebut. Pun begitu, sangkaan ini mendapat bantahan ramai selepas mereka melihat babak menembak lelaki itu. Daripada situ, Lee Gon tidak mempunyai kemahiran yang hebat dalam aktiviti tersebut lantas mematahkan teori ini.

2. Kang Shin-jae 

Dek kehebatan Kang Shin-jae dalam aktiviti menembak, ramai yang mula menduga bahawa lelaki inilah sebenarnya penyelamat Lee Gon kecil. Tambahan pula, Jung Tae-eul ada menyebut bahawa detektif itu adalah salah seorang daripada teman rapatnya yang sering membantunya ketika mengalami kesulitan.

Teori ini nampak semakin kukuh apabila Kang Shin-jae dikhabarkan berasal daripada Kerajaan Corea. Namun, penonton ternyata keliru apabila Lee Gon memanjatkan rasa syukur kerana mengatakan bahawa lelaki itu bukanlah penyelamatnya.

3. Jo Young 

Kerana terkenal dengan kejituannya dalam melindungi Lee Gon dan juga nama panggilannya iaitu ‘pedang abadi’, penonton menebak bahawa Jo Young merupakan individu misteri itu. Kalau anda perasan, semasa insiden menyelamat itu, dapat didengari suara daripada walkie talkie dan sepertinya penyelamat itu adalah kakitangan kerajaan.

Babak lain yang mengukuhkan lagi teori ini ialah apabila Jung Tae-eul meminjam pistol kepunyaan Jo Young dan sepertinya memberikan klu kepada penonton. Bahkan tiada langsung kejadian yang boleh menidakkan dakwaan bahawa pengawal Lee Gon ini sebagai individu misteri tersebut.

penyelamat lee gon

Tapi ini semua hanyalah jangkaan yang diperhalusi oleh peminat tegar “The King: Eternal Monarch” dan tidak dapat dipastikan kesahihannya. Tambahan pula, penulis Kim Eun-sook terkenal dengan plot twist, jadi mungkin penyelamat itu adalah seorang yang kita tak jangka pun.

Tayangan 29 Mei (Episod 13) ditangguhkan

SBS mengumumkan bahawa episod ke-18 drama ini telah ditangguhkan bagi memberi ruang kepada filem thriller Amerika “Contagion” untuk mengisi slot tayangan tersebut. Hal ini bagi memberikan gambaran mengenai serangan wabak berbahaya kepada rakyat Korea menerusi naskhah tersebut.

the king: eternal monarch gagal capai jangkaan penonton

Episod baru “The King: Eternal Monarch” bakal ditayangkan pada 30 Mei ini. Jadi jangan lupa untuk saksikannya menerusi Netflix dan SBS!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...