Ikuti Kami:

Episod Awal ‘Hi Bye, Mama!” Raih Rating Baik! Penonton Menangis Lihat Lakonan Menyentuh Hati Kim Taehee Sebagai Ibu

Episod Awal ‘Hi Bye, Mama!” Raih Rating Baik! Penonton Menangis Lihat Lakonan Menyentuh Hati Kim Taehee Sebagai Ibu

Rasanya semua orang dah tak sabar menantikan kemunculan semula pelakon cantik Kim Taehee dalam layar kecil. Hampir 5 tahun menyepikan diri, akhirnya ibu kepada dua anak perempuan itu membuat keputusan untuk berlakon semula dalam drama fantasi bertajuk “Hi Bye, Mama!”

Sinopsis “Hi Bye, Mama!”

Drama “Hi Bye, Mama!” mengisahkan tentang seorang isteri yang terpisah daripada keluarganya akibat satu kemalangan ngeri. Ia membawa penonton menelusuri penggembaraan si isteri muncul semula dalam kehidupan suami dan anaknya sebagai roh selain usahanya untuk menjelma kembali sebagai manusia dalam masa 49 hari.

hi bye! mama

Watak Kim Taehee digambarkan sebagai seorang roh yang gembira dan penyibuk. Secara lahiriahnya dia sememangnya merupakan seorang yang girang dan optimistik tetapi dia tidak mampu untuk ke dunia lain kerana sesal tidak dapat memegang anaknya buat kali terakhir. Untuk sebab yang tidak pasti, dia tidak dibawa ke pentas penghakiman di akhirat tetapi diberi peluang untuk kembali ke dunia sekiranya dia berjaya membuktikan kemampuannya dalam masa 49 hari.

Kasih sayang ibu yang menyentuh hati

Siapa sangka Kim Taehee yang membawa watak sebagai seorang ibu berjaya membuatkan hati penonton tersentuh dan menangis sekali bersama watak Cha Yuri. 5 Tahun menjadi hantu yang berkeliaran, wanita itu tidak dapat berpindah ke dunia lain kerana masih mahu melihat anak perempuannya.

Pun begitu, disebabkan anaknya iaitu Seo Woo boleh melihat roh Yuri, dalam masa yang sama ia menarik perhatian hantu lain untuk mendekati kanak-kanak itu. Hal ini menyusahkan hati roh wanita tersebut kerana anak kesayangannya kini terdedah kepada bahaya. Babak dia berteriak menangis menyalahi Tuhan yang menghalangnya daripada terus memerhatikan Seo Woo membuatkan penonton hiba kerana memahami perasaan seorang ibu yang mahu sentiasa berada di sisi anaknya.

hi bye, mama!

Lagi mendebarkan apabila Yuri kini sudah boleh berkomunikasi dengan anaknya dengan syarat dia dapat menjumpai tempatnya yang adil dalam masa 49 hari sebelum menjadi manusia buat selamanya. Kalau tak, dia akan dihantar ke dunia lain dan tidak boleh lagi berjumpa dengan keluarganya. Penonton semakin tertanya-tanya apakah yang bakal terjadi selepas ini kerana suaminya iaitu Ganghwa juga sudah dapat melihat Yuri.

Penonton puji ‘keras’ lakonan mantap Kim Taehee

Kalau korang nak tahu, lakonan Kim Taehee sering dikritik oleh penonton kerana wajahnya yang tidak berekspresi sangat. Meskipun berbekal dengan rupa yang cantik, dia tidak dapat menandingi rakan pelakon lain kerana lakonannya yang ‘so-so’.

hi bye, mama!

Namun begitu, isteri kepada Rain ini berjaya menutup mulut orang ramai dengan lakonan padu yang ditunjukkannya menerusi drama “Hi Bye, Mama!”. Mungkin disebabkan dia sendiri merupakan seorang ibu, lakonannya nampak lebih realistik dan meyakinkan.

Lakonan Kim Taehee dah semakin baik selepas menjadi seorang ibu. Dia berjaya meluahkan emosi yang sepatutnya. Saya khusyuk sangat.

 

Saya asyik menangis sahaja sebab ianya sedih sangat.

 

Lakonannya sudah baik? Ianya menyeronokkan dan saya rasa ia sangat sedih. Rupanya penulis drama ini sama dengan drama ‘Go Back Couple’.

 

Lakonan Kim Taehee dah semakin baik. Wow semasa babak menangis di bahagian kedua, saya menangis teresak-esak.

 

Kim Taehee apa sahaja yang awak tak ada? Belajar di Universiti Seoul, cantik, kaya dan pandai berlakon juga.

Walaupun baru sahaja dua episod ditayangkan, tetapi plot cerita “Hi Bye, Mama!” nampaknya bergerak dengan pantas. Tapi penonton masih lagi tertanya-tanya tentang beberapa perkara. Sama ada Minjung akan bercerai dengan Ganghwa dan bagaimana mereka boleh berkahwin sedangkan lelaki itu mati-mati tak boleh lupakan Yuri? Selain itu ibu kepada Yuri pun seperti tak sukakan bekas menantunya, mesti ada apa-apa yang berlaku antara mereka yang kita masih lagi tidak tahu.

Sumber: Ddoboja

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...