Ikuti Kami:

Dua Tahun Berehat, Seo Inguk Dikatakan Bakal Bergandingan Dengan Park Boyoung Dalam Drama ‘Destruction’

Dua Tahun Berehat, Seo Inguk Dikatakan Bakal Bergandingan Dengan Park Boyoung Dalam Drama ‘Destruction’

Selepas dua tahun menyepikan diri dek latihan khidmat ketenteraan, dikhabarkan bahawa Seo In-guk bakal kembali beraksi dalam drama baru bertajuk “Destruction”.

Watak yang ditawarkan kepada pelakon itu ialah Kim Sa-ram, satu makhluk misteri yang membawa malapetaka dalam kehidupan manusia. Lahir di antara cahaya dan kegelapan, lelaki ini hanya mampu tergelak dengan mainan takdir yang menyakitkan. Apabila dia mengeluh, sebuah negara ghaib dan apabila dia berjalan di jalanan, satu musim berlalu pergi. Malahan apabila dia tersenyum, seseorang akan mati.

seo inguk

Apa sahaja yang dilakukannya pasti akan memusnahkan sesuatu benda. Ini bukanlah kehendak atau kemahuannya tetapi aturan takdir yang kejam. Sa-ram kemudiannya bertemu dengan Tak Dong-kyung, seorang editor kartun yang mampu menyumpah dunia dan seterusnya membangkitkan kemahuan untuk hidup dalam hubungan yang mempunyai bom masa selama 100 hari.

Syarikat naungannya iaitu Story J Company mendedahkan bahawa Seo In-guk ada menerima tawaran “Destruction” namun masih lagi belum membuat keputusan. Lagi best, apabila dikatakan bahawa Park Bo-young yang sudah berehat lama sejak “Abyss” turut menerima tawaran untuk berlakon sebagai watak utamanya.

park boyoung

Haraplah mereka mengesahkan berita ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...