Ikuti Kami:

Drama Melodrama-Misteri ‘Graceful Family’ Pecah Rekod Dengan Rating Terbaik Di Saluran MBN!

Drama Melodrama-Misteri ‘Graceful Family’ Pecah Rekod Dengan Rating Terbaik Di Saluran MBN!

Dah masuk zaman baru yang lebih ‘terbuka’ ini, semakin banyak drama Korea yang mempunyai plot cerita ‘luar daripada kotak. Maknanya, tak terperap di dalam ruangan yang genre romantik dan kekeluargaan sahaja yang ditonton peminat. Jadinya, terhasillah pelbagai drama bergenre asing seperti thriller, aksi, dendam dan banyak lagi.

Walaubagaimanapun, masih ramai lagi peminat drama Korea terutamanya golongan yang lebih tua yang sukakan drama bertemakan kekeluargaan dan dendam. Dan tebakan ini bukanlan omongan kosong semata-mata kerana drama “Graceful Family” yang bergenre demikian telah berjaya mendapatkan rating yang tinggi sepanjang tayangannya!

graceful family cipta rekod membanggakan saluran mbn

Sinopsis

Mo Seokhee (Im Soohyang) merupakan anak tunggal kepada bos besar syarikat MC Group. Dia merupakan seorang yang sangat cantik, bijak dan juga kaya, pendek kata memang sempurnalah. Walaupun dia sebenarnya nampak sombong, tetapi jauh di sudut hatinya, dia bergelut dengan perasaan kerana ibunya yang mati dibunuh pada 15 tahun lepas.

graceful family cipta rekod membanggakan saluran mbn

Heo Yoondo (Lee Jangwoo) pula merupakan seorang peguam tetapi dia tidak mempunyai pejabat guaman sendiri. Dia hanya membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk sebuah kawasan kejiranan kecil di sebuah kedai makan. Menakjubkan apabila lelaki ini telah ditawarkan untuk bekerja dengan kumpulan TOP di MC Group. Kumpulan ini ditugaskan untuk mengendalikan urusan keluarga yang menguruskan MC Group. Antara skop kerja mereka ialah untuk menutup segala perbuatan keluarga ini yang menyalahi undang-undang.

graceful family cipta rekod membanggakan saluran mbn

Kumpulan TOP juga diketuai oleh Han Jekook (Bae Jongok) iaitu bekas hakim yang terkenal dengan sikap tegasnya sehingga dia telah ‘dihalau’ ke sebuah mahkamah di kawasan terpencil suatu masa dulu. Walaupun begitu, selepas memasuki MC Group, wanita ini menjadi semakin tamak dan cuba merampas takhta syarikat itu selain mempunyai misi untuk mengawal ekonomi negara Korea.

Asyik membantu menutup segala bentuk kesalahan yang dilakukan oleh keluarga MC Group, Seokhee dan Yoondo mendapat petunjuk bahawa hal itu mempunyai kaitan dengan kematian ibu wanita itu yang penuh misteri. Bersama-sama, mereka berganding bahu dan cuba merungkai kebenaran tentang ibu Seokhee dan membongkar segala rahsia yang disembunyikan oleh syarikat itu dan kumpulan TOP.

graceful family cipta rekod membanggakan saluran mbn

Sebab penonton cintakan “Graceful Family”

Menurut penonton, tiada langsung watak yang ‘kosong’ dia dalam naskhah ini. Semua karakter yang dilakarkan oleh penulis mempunyai latar belakang yang kukuh dan setiap daripada mereka mendapat ‘spotlight’ sepanjang drama itu ditayangkan. Hal ini menyebabkan penonton memberikan pujian melambung kerana dinamik setiap watak yang ada sehingga dapat membina sebuah drama yang hebat ini.

Selain itu, plot cerita ini tidak menyakitkan hati langsung. Kesemua kesinambungan satu kisah ke kisah yang lain adalah mudah difahami dan tak nampak kekok. Setiap daripada watak dalam drama ini mempunyai motif tersendiri yang telah dijelaskan dengan baik oleh penulis. Jadi para penonton memahami segala niat dan tindakan mereka dalam mencapai kemahuan mereka itu.

Rating membanggakan saluran MBN

Episod terakhir drama “Graceful Family” ini telah merekodkan rating yang paling tinggi bagi drama bergenre misteri melodrama. Ditayangkan secara serentak di saluran MBN dan Dramax, purata rating bagi episod terakhir drama itu melebihi 10.1%!

graceful family cipta rekod membanggakan saluran mbn

“Graceful Family” berjaya menempatkan dirinya di tempat pertama bagi keseluruhan saluran lain termasuklah saluran stesen siaran awam. Bukan itu sahaja, naskhah ini telah memecahkan rekod baru bagi saluran MBN apabila ia diumumkan sebagai rating tertinggi yang pernah direkodkan oleh saluran berbayar itu daripada ia mula diasaskan. Bukan sahaja bagi kategori drama, tetapi bagi keseluruhan rancangan dan program yang pernah ditayangkan di MBN. Hebat!

Kepada sesiapa yang sukakan drama kekeluargaan, misteri dan juga melodrama, bolehlah tonton “Graceful Family”. Drama ini mempunyai 16 episod keseluruhannya dan sudah pun tamat tayangannya. Jadi anda boleh marathon puas-puas pada hujung minggu ini!

Sumber: Soompi (1)(2), Wikipedia

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...