Ditinggalkan Sejak Kecil, Netizen Bantah Harta Goo Hara Diberikan Kepada Ibu Bapanya

netizen harap harta goo hara tidak diberikan kepada ibu bapanya

Pemergian Goo Hara ternyata masih meninggalkan kesan yang pedih pada peminat dan juga kenalan yang rapat dengannya. Gadis itu yang baru menginjak usia 28 tahun telah membuat keputusan untuk meninggalkan dunia ini dengan sendirinya. Walaupun tidak tahu tentang punca sebenar kematiannya, ramai yang menebak selebriti itu tidak tahan dengan dugaan hidup yang dihadapinya, antaranya ialah kes serangan dan ugutan oleh bekas teman lelakinya.

Menumpang rumah saudara sejak kecil

Bagi yang tidak mengetahui, Goo Hara merupakan seorang gadis yang sangat tekun dan rajin semasa masih lagi remaja. Walaupun ditinggalkan oleh ibu bapanya di rumah saudara ketika berusia 14 tahun, dia tidak mengeluh dan terus hidup menumpang bersama mereka. Dia juga berusaha keras sebagai pelatih idola di usia muda dan dalam masa yang sama seorang pelajar sekolah biasa. Semasa orang lain sudah nyenyak tidur, Goo Hara baru sahaja selesai berlatih dan terus bersiap untuk menelaah pelajaran supaya tidak ketinggalan pada saban malam.

netizen harap harta goo hara tidak diberikan kepada ibu bapanya

Cerita sedihnya diketahui oleh peminatnya kerana dia pernah berkongsi perihal tersebut di sebuah rancangan televisyen sebelum ini. Lebih hiba apabila selebriti popular ini mendedahkan bahawa walaupun dia sudah membuat kemunculan sebagai artis, ibu bapanya langsung tidak menghubunginya. Pun begitu, dia tetap mempunyai seorang abang yang sangat menyayangi dan sentiasa mengambil tahu tentang kehidupan sehariannya.

Netizen berharap agar harta Hara diberikan kepada orang yang layak

Selepas kematian Goo Hara, kebanyakan netizen berharap agar kesemua harta gadis itu tidak akan diberikan walaupun sedikit pun kepada kedua ibu bapanya.

netizen harap harta goo hara tidak diberikan kepada ibu bapanya

Kalau anda nak tahu, undang-undang di Korea menyatakan bahawa kesemua harta pusaka individu yang belum berkahwin boleh dibahagikan di antara ahli keluarga merangkumi ibu bapa, pasangan, anak, dan adik-beradik sekiranya dia mati tanpa meninggalkan sebarang wasiat.

“Harta pusaka Goo Hara tak sepatutnya diberikan kepada ibu bapanya… Dia membesar dengan menumpang di rumah saudaranya, kedua ibu bapanya sudah membuangnya. Bukankah abangnya yang lebih layak untuk mendapatkan harta tersebut? Pada masa begini, undang-undang adalah sangat mengelirukan…”

“Kesemua harta pusakanya seharusnya diwarisi oleh abangnya kan? Selepas ibu bapa Goo Hara bercerai, dia dibesarkan oleh neneknya. Saya tertanya-tanya sama ada kedua ibu bapanya ada menghubunginya semula selepas dia sudah berjaya? Tetapi saya rasa hanya nenek dan abangnya yang benar-benar peduli tentang dia.”

“Saya sangat berharap agar harta Goo Hara akan diberikan kepada abangnya dan bukan ibu bapanya…”

“Persamaan antara Jonghyun, Sulli dan Hara ialah ibu bapa mereka sudah bercerai.”

Harapnya mendiang tenang di sana dan orang di dunia tidak gelap matanya kerana harta peninggalan gadis itu.

Artikel berkaitan: Ibu Bapa Sulli Dikhabarkan Bergaduh Kerana Harta Peninggalannya Bernilai RM 18 Juta?

Sumber: Nate-Pann, Netizenbuzz

1 komen

Leave a Reply