Ikuti Kami:

Disuruh Undur Diri Oleh Peminat Anti Kerana Mahu Berkahwin, Agensi Sahkan Chen Tetap Anggota EXO!

Disuruh Undur Diri Oleh Peminat Anti Kerana Mahu Berkahwin, Agensi Sahkan Chen Tetap Anggota EXO!

Satu berita menggembirakan buat peminat apabila idola mereka bahagia! Sama juga apabila Chen daripada kumpulan EXO mengumumkan kepada seluruh dunia bahawa dia bakal menyatukan hatinya bersama kekasih kesayangan dalam satu ikatan yang sah. Lagi menyeronokkan apabila vokalis EXO itu turut mendedahkan bahawa tunangannya itu sedang mengandungkan anak pertama mereka.

Meskipun hal ini merupakan satu perkara yang menggembirakan kepada ramai peminat EXO (EXO-L) tetapi ada juga segelintir yang obsesif dan mengatakan bahawa pengumuman perkahwinannya itu akan menjejaskan imej kumpulan popular tersebut. Apa?!

chen exo

Punyalah tak puas hati sampai mereka membina akaun di media sosial dan meminta Chen atau pun nama sebenarnya Kim Jongdae supaya mengundurkan diri daripada kumpulan EXO. Bertambah parah apabila peminat anti ini mula mendedahkan hal peribadi lelaki tersebut dan keluarga barunya kepada khalayak ramai. Keanak-anakan sungguh!

Mungkin dah terlampau teruk sangat kata-kata nista yang dilemparkan kepada lelaki itu, akhirnya syarikat naungan EXO iaitu SM Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kedudukan Chen di dalam kumpulan itu.

Hello, ini adalah SM Entertainment.

Ini adalah kenyataan mengenai kedudukan anggota EXO dan agensi mengenai aktiviti kumpulan ini pada masa akan datang.

Sebagai syarikat pengurusan EXO, kami mengutamakan pendapat anggota sendiri mengenai hal penting termasuklah arah tuju kumpulan tersebut dan ahlinya.

Sebelum mengumumkan secara rasmi perkahwinan Chen, terdapat perbincangan yang telah berlangsung di antara anggota EXO. Setelah kesemua ahli EXO melalui rasa sedih kerana beberapa ahli yang tinggalkan kumpulan itu, mereka telah menyampaikan hasrat untuk terus bersama seperti sekarang ini. Pihak agensi juga menghormati pendapat kesemua anggota dan tiada perubahan yang akan berlaku dalam ahli EXO.

Tambahan lagi, ada beberapa anggota yang akan menjalani latihan khidmat ketenteraan tak lama lagi, jadi memang sudah dirancang daripada tahun lepas bahawa EXO akan memberi fokus kepada aktiviti solo dan unit. Aktiviti tersebut akan didedahkan satu demi satu.

Anggota EXO akan terus aktif sebagai EXO, artis solo, kumpulan unit dan mereka akan membalas kasih sayang peminat.

Kami juga akan memberikan sokongan penuh dalam apa jua aspek supaya EXO dan ahlinya kian berkembang.

Terima kasih.

Jelas kelihatan bahawa ahli EXO sendiri telah membuat keputusan untuk kekalkan semua ahli tanpa sebarang perubahan dan membuktikan sokongan mereka terhadap pilihan Chen. Pernah hilang 3 ahli sebelum ini iaitu Kris, Luhan dan Tao, sudah pasti mereka lebih tahu rasa perit kehilangan rakan tersayang yang bersusah payah bersama selama bertahun-tahun. Jadi, setiap ahli EXO pasti tidak mahu insiden sedih ini berulang sekali lagi.

exo

Para peminat anti yang berkeras mahu Chen keluar patut muhasabah diri sendiri dan fikirkan semula sama ada tentangan mereka ini masuk akal atau pun tidak?

Idola juga merupakan manusia biasa, jadi mereka berhak inginkan kasih sayang dan mempunyai keluarga sendiri. Mungkin bukan sekarang tetapi pada masa akan datang. Jadi sebagai peminat, sepatutnya anda menyokong keputusan yang dibuat melainkan ia adalah perkara yang salah di sisi undang-undang.

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...