Ikuti Kami:

Dikecam Kerana Tidak Muat Naik Hal Sulli, Krystal Didedahkan Telah 3 Hari Berada Di Rumah Pengebumian

Dikecam Kerana Tidak Muat Naik Hal Sulli, Krystal Didedahkan Telah 3 Hari Berada Di Rumah Pengebumian

Semenjak kematian Sulli, ramai selebriti yang telah menggunakan laman media sosial masing-masing bagi meluahkan rasa sedih. Ada juga yang menghentam netizen yang meninggalkan komen buruk kepada gadis itu semasa dia masih lagi hidup. Pun begitu, ada segelintir netizen seperti tidak belajar daripada kesilapan. Ini kerana mereka telah mengutuk Krystal iaitu salah seorang ahli kumpulan f(x) merangkap salah seorang kawan baik Sulli kerana tidak menulis apa-apa kata terakhir untuk Sulli di laman media sosialnya.

Tetapi menurut sumber yang boleh dipercayai, mereka mendedahkan bahawa Krystal telah berada di samping mendiang Sulli sepanjang tiga hari dia berada di rumah pengebumian. Sumber itu turut mengkritik para netizen yang meninggalkan komen penuh kebencian kepada Krystal dan menuduh dia tidak peduli kerana tidak meninggalkan komen penghargaan kepada Sulli di laman media sosialnya.

krystal didedahkan berada di rumah pengebumian sulli selama 3 hari

Laporan eksklusif daripada Hankook Kyungjae menyatakan Krystal telah meluangkan masa selama tiga hari di rumah pengebumian selepas pemergian mendiang Sulli.

“Selepas mendengar berita kematian Sulli, Krystal telah berada di rumah pengebumian selama tiga hari dan dia juga telah melibatkan diri dengan segala prosedur yang sepatutnya. Kasihan dia kerana terpaksa menerima kata cacian netizen pada ketika ini.”

Majlis pengebumian Sulli telah diadakan secara diam dan orang luar tidak dibenarkan masuk sama sekali. Kesemua ahli kumpulan f(x) yang lain juga turut berada di sana semasa pengebumian itu.

krystal didedahkan berada di rumah pengebumian sulli selama 3 hari

Siapa sangka semasa netizen sibuk menulis komen buruk kepada Krystal dan menuduhnya tidak menghargai Sulli, rupanya dia sedang sibuk menguruskan hal pengebumian rakan baiknya itu. Turut dilaporkan bahawa dia bertambah hiba apabila ada yang sanggup mengutuknya dalam keadaan sebegini. Beberapa saksi juga memberitahu bahawa Krystal semasa berada di rumah pengebumian kelihatan “kehilangan kata-kata dan sedih” kerana dikutuk oleh netizen.

Sumber: Twitter, Koreaboo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...