Ikuti Kami:

Dibantah Kerana Drama 19 Tahun+, Kim Yoojung & Ji Changwook Tetap ‘Degil’ Terima Tawaran ‘Convenience Store Saet Byul’

Dibantah Kerana Drama 19 Tahun+, Kim Yoojung & Ji Changwook Tetap ‘Degil’ Terima Tawaran ‘Convenience Store Saet Byul’

Ada tak terbaca tentang berita di mana pelakon Ji Changwook dikhabarkan sedang ambil kira untuk berlakon dalam drama terbaru bertajuk “Convenience Store Saet Byul” sebagai drama susulannya selepas naskhah “Melting Me Softly”?

Selepas mendengar khabar angin itu, rata-rata netizen Korea melahirkan rasa kurang senang dengan perkhabaran ini kerana dia akan digandingkan dengan pelakon muda iaitu Kim Yoojung. Walaupun dibantah sekeras-kerasnya tetapi mereka nampaknya tidak endahkan langsung malahan sudah mengesahkan kemunculan masing-masing dalam drama tersebut tidak lama lagi.

drama convenience star saet byul

Kalau anda nak tahu, naskhah itu berkisarkan tentang kisah seorang pekerja sambilan di sebuah kedai serbaneka 24 jam bersama pengurusnya yang kalut. Choi Dae Hyun (Ji Changwook) yang diberkati dengan wajahnya yang kacak terpaksa mengemudi kedai serbaneka pada usia yang muda selepas berhenti daripada jawatannya di syarikat gergasi. Jung Saetbyul (Kim Yoojung) pula mahu memulakan kehidupan yang baru dan mahu menegakkan keadilan selepas melalui kisah silam yang tidak berapa manis.

ji changwook drama convenience star saet byul

Sebab sebenar netizen tidak sukakan gandingan Ji Changwook (32) dan Kim Yoojung (20) adalah kerana perbezaan umur mereka yang sangat ketara iaitu 12 tahun! Agak pelik kenapa pelakon wanita muda sering dipasangkan dengan pelakon lelaki yang lebih tua daripada usia. Walhal banyak lagi pelakon wanita lain yang boleh melakonkan watak itu.

kim yoojung drama convenience star saet byul

Selain itu, jalan cerita “Convenience Store Saet Byul” yang diadaptasi daripada webtoon ini turut menerima kritikan peminat kerana terdapat banyak babak keganasan dan seksual melampau. Sebab itulah, mereka semua menolak naskhah itu diadaptasikan kepada drama kerana dirasakan tidak sesuai untuk tontonan umum. Pulak!

Isi kandungannya agak keterlaluan… kenapa teruskan juga? 19 tahun ke atas.. Tak bagus.

 

Kenapa nak adaptasi jadi drama? Ia adalah untuk 19 tahun ke atas.

 

Tak ada pelakon lelaki yang lebih muda ke?

 

Mereka berdua tak sepadan.

 

Setahu saya, webtoon ‘Convenience Store Saet Byul’ adalah untuk 19 tahun ke atas…

 

Susah nak fokus kalau umur mereka terlalu berbeza. Tolonglah pasangkan Kim Yoojung dengan pelakon lelaki sebaya dengannya. Rugi~

 

Macam pak cik dengan anak saudara…

Mungkin pihak produksi drama ini dah ubah kandungan asal “Convenience Store Saet Byul” dan menyesuaikannya untuk tontonan umum. Tidak mungkinlah mereka akan tayang babak 19 tahun ke atas dalam kaca televisyen kan? Sebelum judge, apa kata kita tunggu dulu drama ini ditayangkan, ya tak?

Sumber: Sports Seoul

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...