Ikuti Kami:

“Dia Hanya Comel Pada Mata Ayahnya” – Bukan Sahaja Gary, Haoh Juga Terkena Tempias Kritikan Netizen!

“Dia Hanya Comel Pada Mata Ayahnya” – Bukan Sahaja Gary, Haoh Juga Terkena Tempias Kritikan Netizen!

Semua nyata gembira apabila Kang Gary mengumumkan bahawa dia akan kembali ke kaca televisyen selepas hampir 3 tahun mendiamkan diri. Lagi menyeronokkan apabila lelaki itu membuat keputusan untuk muncul dalam rancangan “Superman Returns” yang mengetengahkan konsep penjagaan anak oleh si ayah. Jadinya peminat penyanyi rap ini tak sabar nak saksikan telatah anaknya iaitu Kang Haoh dan juga wajah cantik isteri lelaki itu.

Walaubagaimanapun, selepas sahaja berita Gary menyertai “Superman Returns” disampaikan kepada umum, tak sangka ramai juga yang meluahkan rasa tidak senang dengan kemunculan semulanya itu. Segelintir netizen merasakan seperti penyanyi rap tersebut hanya kembali ke dunia televisyen kerana kekurangan wang walhal dia sendiri yang beria-ia keluar daripada rancangan “Running Man” dahulu kerana kononnya mahu fokus dalam bidang muzik.

kang haoh dan gary superman returns

Namun begitu, telatah Haoh yang banyak cakap dan bijak membuatkan ramai penonton “Superman Returns” yang mula jatuh cinta kepada keluarga itu. Ingatkan dah baiklah semuanya tetapi rupanya masih ada lagi yang tidak suka melihat Gary dalam rancangan itu. Bukan sahaja lelaki itu yang kena ‘sembur’ bahkan Haoh juga terkena tempiasnya sekali!

Walaupun Haoh pandai bercakap dan comel… tetapi dengan umur sekecil itu dia sudah pandai sebut barang berjenama dan memilih dalam soal pemakaiannya. Saya berharap sangat anak saya tak membesar seperti itu.

 

Secara jujurnya, tiada siapa mahu melihat kanak-kanak yang tak comel… Haoh hanya nampak comel pada mata Gary… /mengeluh/

 

Minta maaf tetapi sejujurnya saya tak akan pandang dua kali sekiranya kanak-kanak itu mempunyai gaya Haoh… Menurut mata Gary, anaknya itu adalah sangat bijak bagi usianya dan juga comel sebab itu dia mahu muncul di kaca televisyen tetapi dia sendiri yang cakap mahu hidup diam bersama keluarganya dulu. Kenapa muncul sekarang dengan anaknya?

 

Saya tonton sedikit sedutan dan melihatkan gaya Haoh… rasa geli!

kang haoh superman returns

Namun, kebanyakan netizen datang ‘back up’ anak tunggal Gary kerana dia masih lagi kanak-kanak dan tak sepatutnya menerima cacian orang ramai. Mereka turut meninggalkan pelbagai komen memuji kepandaian dan telatah lucu Haoh selain memuji teknik penjagaan Gary dan isterinya.

Kalau tak suka, tak payah tonton. Memang hebat betul kehidupan anda kerana kutuk seorang kanak-kanak sebagai buruk dan tak disukai. Lagi, saya betul-betul nak tahu kenapa Gary perlu menerima makian?

 

Haoh sangat pandai bercakap… Dan saya sangat berharap tiada komen jahat ditinggalkan kepada kanak-kanak.

 

Haoh adalah sangat pandai dan menonjol sampaikan saya terkejut.

 

Haoh adalah sangat comel dan saya sangat terhibur menontonnya bersama suami tetapi lihatlah komen jahat yang ditinggalkan… Hati ibu bapa pasti akan terluka apabila terbaca kata-kata kesat seperti ini. Janganlah begitu.

kang haoh superman returns

Kalau pun tak suka Gary, tak perlulah caci Haoh. Dia masih lagi kanak-kanak, dia tidak selayaknya terima cacian walhal kanak-kanak itu tak bersalah langsung dalam hal ini. Haoh comel apa dengan telatah kelakar seperti dia yang sibuk ‘mengorat’ kakak jurukamera “Superman Returns”!

Sumber: News1

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...