Ikuti Kami:

Dedah Kisah Perkahwinan ‘Simple’, Berita Gary & Isteri Muda 10 tahun ‘Trending’ Di Serata Portal Korea!

Dedah Kisah Perkahwinan ‘Simple’, Berita Gary & Isteri Muda 10 tahun ‘Trending’ Di Serata Portal Korea!

Setelah 3 tahun menanti kemunculan semula Gary di dalam dunia hiburan, akhirnya penyanyi rap itu telah muncul sebagai panel baru dalam rancangan “Superman Returns” bersama anak terunanya iaitu Kang Haoh. Berita ini ternyata membuatkan ramai peminat setia lelaki itu dan “Running Man” tak sabar menanti melihat gelagat lucunya kembali.

Sebenarnya, para peminat bukan sahaja teringin nak lihat Gary tapi teruja nak tahu siapakah gerangan wanita yang berjaya merebut hatinya sehingga berjaya membuatkan lelaki itu meninggalkan glamor dunia artis untuk bersama dengannya. Walaupun “Superman Returns” ada mendedahkan gambar wanita cantik itu dalam sedutan video pendek minggu lepas namun masih ramai lagi yang ternanti-nanti kisah disebalik perkahwinan mengejut mereka pada tahun 2017.

gary superman returns

Sebelum ini Gary menjelaskan bahawa dia mengambil keputusan drastik untuk meninggalkan industri seni adalah kerana dia mula terasa sarat dengan beban dan tekanan selepas 20 tahun aktif sebagai selebriti. Apabila ditanya tentang majlis perkahwinannya, penyanyi rap itu menjelaskan bahawa penyatuan dia dan isterinya berlaku dengan ‘simple’nya.

Kami tidak mengadakan majlis perkahwinan yang lain, tiada majlis langsung. Kami hanya memberitahu kepada beberapa orang tentang rancangan perkahwinan tetapi tiada majlis yang diadakan.

isteri gary

Rare ya sebabnya Gary jelaskan mereka hanya pergi daftar perkahwinan dan cop pengesahan sebelum pergi menyambutnya dengan makan shabu shabu. Relaks sungguh!

Kami pergi daftar perkahwinan berdua dan cakap ‘Kita suami isteri! Jom makan daging’ lantas kami menikmati shabu shabu selepas itu.

Lelaki itu memberitahu bahawa dia memang sudah merancang untuk tidak mengadakan majlis sekiranya dia berkahwin suatu hari nanti dan memang ‘soulmate‘ habis kerana isterinya juga mempunyai buah fikiran yang sama dengannya!

Sekiranya isteri saya mahu mengadakan majlis, sudah pasti saya akan melakukannya tetapi lebih daripada majlis, hidup kami berdua adalah lebih penting.

Dia juga berterima kasih kepada isterinya kerana memahami dan menerima cadangan tersebut tanpa halangan. Namun dia juga berasa kasihan dan bersalah dalam masa yang sama.

isteri gary

Romantik betul apabila melihat pasangan ini! Apabila menyaksikan Gary dan isterinya yang mesra ketika bersama Haoh walaupun sekejap waktu, dapat dilihat kasih sayang antara mereka. Pada akhir episod “Superman Returns” kelmarin, lelaki itu tidak dapat sorok rasa penat semasa menghubungi isterinya. Dia memberitahu bahawa dia perlukannya untuk menjaga Haoh. Penat sangat nampaknya!

gary dan isteri

Kalau anda nak tahu, isteri Gary dikhabarkan muda 10 tahun daripadanya selain mereka mula berkenalan selepas wanita cantik itu mula bekerja di syarikat hiburan yang dimiliki penyanyi rap tersebut iaitu LeeSsang Company. Mereka mengikat tali perkahwinan selepas wanita itu bekerja selama 5 tahun dan rata-rata kenalan terkejut kerana mereka mampu menyembunyikan perhubungan tersebut tanpa pengetahun ramai.

Paling comel sebabnya kalau anda perasan nama yang disimpan oleh Gary untuk isterinya dalam telefon bimbitnya ialah ‘Cik Kim Puteri’. Alahai bersemut terus!

gary superman returns

Boleh tahan hebat tahu penangan Gary dan keluarganya! Walaupun baru sahaja muncul dalam satu episod “Superman Returns” tetapi mereka berjaya mendominasi carta carian di portal terkenal Korea iaitu Naver dan Nate. Malahan, sudah lepas 20 jam pun berita mereka masih lagi berada di laman utama portal carian ini. Hebat!

Sumber: KBS Entertainment, NEWSIS

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...