Ikuti Kami:

“Dapat Duit Sikit Ke Buat Muzik?”- Netizen Sebal Bila Gary Umum Bakal Muncul Dalam ‘Superman Returns’

“Dapat Duit Sikit Ke Buat Muzik?”- Netizen Sebal Bila Gary Umum Bakal Muncul Dalam ‘Superman Returns’

Dah hampir 4 tahun Gary meninggalkan rancangan hiburan popular iaitu “Running Man” tetapi nampaknya lelaki itu bakal kembali menghiasi kaca televisyen menerusi program “Return Of Superman” bersama anak lelakinya, Kang Haoh pada Februari nanti!

Rata-rata peminat Gary berasa sangat teruja dengan berita ini kerana sudah lama rindu untuk melihat gelagat kelakarnya. Tambahan pula, ramai yang teringin nak tahu wajah anak tunggalnya itu kerana selebriti itu yang tak pernah langsung memuat naik gambar penuh anaknya selama 2 tahun 2 bulan sejak kelahiran kanak-kanak itu.

Meskipun ramai yang tak sabar menantikan episod Gary dan anaknya dalam “Return Of Superman” tetapi segelintir netizen kurang senang dengan keputusan lelaki itu untuk muncul kembali dalam dunia hiburan.

Ada netizen yang masih lagi sentap dengan keputusannya untuk meninggalkan rancangan “Running Man” secara tiba-tiba bahkan sanggup memutuskan hubungan dengan setiap ahli rancangan itu tanpa sebarang alasan yang kukuh.

kang gary

Gary juga pernah mengatakan bahawa dia mahu memberi fokus kepada penghasilan muziknya lantas menimbulkan rasa pelik netizen kenapa dia tiba-tiba mahu menyertai semula rancangan hiburan yang pasti memakan masa terluangnya.

“Dia putuskan hubungan dengan ahli ‘Running Man’ dan ahli kumpulannya sendiri, ingatkan tak nak sertai program hiburan langsung. Duit dah habis jadi datang balik sebab nak buat duit ke?”

“Berhenti kerana nak fokus dengan muzik sampai tak bagi tahu ahli sendiri, tapi pergi rakam program hiburan di China. Mungkin populariti di China dah merosot.”

“Berhenti ‘Running Man’ secara tiba-tiba, majlis perkahwinan pun tak beritahu ahli ‘Running Man’, ingatkan dah langsung tak nak sertai program hiburan.”

“Saya memang sukakan Gary, tetapi dia putuskan hubungan dengan ahli ‘Running Man’. Dan sekarang ini dia sertai program yang ditayangkan sama waktu dengan ‘Running Man’, Sebagai seorang peminat, saya agak kecewa.”

gary running man

Ada juga mengungkit kenyataan penyanyi rap ini sebelum ini yang beria-ia mahu menyimpan kesemua hal peribadi keluarganya daripada pengetahuan umum. Jadi keputusan untuk menyertai rancangan popular ini nyata bertentangan dengan pendiriannya.

“Bukankah dia nak sorok hal peribadi dan keluarganya? Tetapi program ‘Superman Returns’ tunjukkan habis ke dalam bilik tidur semua…”

“Apa yang dia buat ni? Kata tak suka hal peribadinya didedahkan? Kenapa sertai ‘Superman Returns’? Mungkin dapat duit sikit dengan buat muzik sahaja.”

“Eh? Bukan ke tak suka hal peribadi didedahkan sehinggakan tak bagitahu sesiapa langsung mengenai perkahwinannya?”

“Dah tak ada duit sangat ke?”

keluarga gary

Nampaknya masih ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan gary keluar secara melulu daripada “Running Man”. Apa pula pendapat anda?

Sumber: Naver News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...