Ikuti Kami:

“Dangdut versi Korea”- Hanbyul Memukau Dengan Persembahan ‘Yang Sedang-Sedang Saja’!

“Dangdut versi Korea”- Hanbyul Memukau Dengan Persembahan ‘Yang Sedang-Sedang Saja’!

Rupanya ramai juga yang layan rancangan Big Stage 2019 ini ya? Tiap kali selepas tayangan, mesti trending dekat Twitter! Selain daripada jenama Big Stage ini yang trending, salah seorang peserta rancangan itu juga akan kecoh di laman sosial itu pada setiap minggu. Walaupun berasal daripada Korea, Jang Hanbyul telah berjaya mencuri hati rakyat Malaysia dengan dinamik persembahannya yang hebat!

Saban minggu Hanbyul pasti akan mengejutkan penonton dengan persembahannya yang menarik dan memukau. Sebelum ini, lelaki itu pernah membawa lagu Melayu iaitu ‘Vroom Vroom’ versi rock sehingga mendapat ‘standing ovation’ daripada artis tersohor malaysia iaitu Dato’ Siti Nurhaliza sendiri.

Makin mengejutkan apabila pada Ahad lepas, dia sekali lagi memberikan persembahan yang memukau menerusi lagu dangdut iaitu ‘Yang Sedang-Sedang Saja’. Macam penyanyi dangdut profesional okay, siap bergelek lagi!

 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...