Kembali lagi bersama admin dengan cadangan ‘port’ sedap untuk mendapatkan makanan Korea yang diidamkan oleh korang! Makanan Korea ini sebenarnya tiada waktu yang spesifik untuk dijamah, tiap masa pun boleh makan! Tak kisahlah pagi ke, tengah hari ke, petang dan juga malam pun boleh. Jadi, untuk entri kali ini admin nak review makanan Korea yang disajikan di restoran Oiso, sebuah kedai makan Korea yang menerapkan elemen tradisional pada juadahnya.
Sampai sahaja di restoran Oiso cawangan The Curve Mutiara Damansara, dapat dilihat suasananya yang sangat tenang dan aman. Kedai yang banyak menerapkan elemen ‘nature’ dengan penggunaan pelbagai barangan kayu selain terdapat banyak tumbuhan yang boleh didapati di situ. Siap ada mini air terjun lagi di satu sudut!
Nah cadangan makanan yang korang boleh santap kat sana! Rasa yang diterapkan dalam makanan yang disediakan memang tradisional, rasa macam betul-betul makan dekat Korea.
Set Spicy Grilled Chicken BBQ ini dilengkapi dengan semangkuk nasi, dua hidangan tambahan iaitu kimchi, sayur bayam goreng, sup rumpai laut dan juga salad. Ayam yang dipotong kecil ini diperap dengan sos BBQ pedas, memang pekat rasa sosnya. Walaupun dia cakap pedas tapi sebenarnya bagi admin tak pedas pun. Sesiapa yang tak tahan pedas pun boleh makan, confirm punya!
Spicy Beef Stew pun didatangkan dengan hidangan sampingan, jadi kalau order satu set sahaja pun mesti kenyang. Hidangan sampingan yang diberikan ialah semangkuk nasi, kek ikan goreng, kimchi, sup rumpai laut dan sayur bayam goreng. Sama juga dengan hidangan ini seperti hidangan sebelum ini di mana ia tak pedas langsung. Lazat untuk sesiapa yang sukakan hidangan yang berkuah dan banyak sayur.
Black Bean Noodles pun ada tahu! Jangan risau sebab hidangan ini turut pun disediakan dalam bentuk set. Kepakatan sos black bean ini memang tak boleh bawa bincang! Sedap sangat! Ada kek ikan goreng, kimchi, sup rumpai laut dan sayur bayam goreng. Kenyang sangat walaupun bukan makan nasi.
Hidangan wajib apabila makan makanan Korea, tak lain tak bukan ialah Spicy Race Cake. Tak payah sembang makan makanan Korealah kalau tak order hidangan ini! Admin puji hidangan ini di Oiso sebabnya terasa kepedasannya selain bahan yang diberikan agak banyak contohnya kek ikan dan kek beras. Telur rebus pun ada tahu!
Tapi sayangnya Oiso tidak menawarkan banyak hidangan pencuci mulut, jadi kalau berangan-angan nak makan ais kisar ke bolehlah patah balik dan cari kedai lain.
Banyak juga minuman yang admin order semasa makan di Oiso. Antaranya ialah Citron Ade, Rice Nector dan Organic Barley Tea. Boleh tahan sedap semuanya! Memang admin hirup sampai habis, tak tinggal setitis pun kecuali ais dia la kan.
Korang tak perlu risau kalau tinggal jauh daripada The Curve, sebabnya Oiso ada banyak cawangan serata Selangor dan Kuala Lumpur. Mudahkan!
Esok dah Sabtu, bolehlah korang bawa keluarga atau rakan-rakan melepak di mana-mana cawangan restoran Oiso ini. Jangan risau sebab makanan tradisional Korea yang disediakan sesuai juga untuk orang tua dan kanak-kanak. Selain daripada apa yang admin cadangkan dalam entri ini, banyak lagi menu lain yang korang boleh cuba. Selamat menjamu selera!
Sumber: Admin sendiri, Facebook Oiso