Ikuti Kami:

Cuba Jual Tempat Duduk Tandas Digunakan Lisa Blackpink, Pemilik Kafe Dihentam Peminat Sehingga ‘Tutup Kedai’!

Cuba Jual Tempat Duduk Tandas Digunakan Lisa Blackpink, Pemilik Kafe Dihentam Peminat Sehingga ‘Tutup Kedai’!

Susah juga sebenarnya apabila menjadi seorang artis ini. Kadang-kadang perkara yang tidak terjangka dan menyakitkan hati mungkin berlaku kerana ada yang cuba mengambil kesempatan terhadap kepopularitian mereka! Seperti apa yang terjadi kepada idola popular iaitu Lisa Blackpink.

Baru-baru ini, gadis cantik itu telah menjalani satu penggambaran foto di sebuah kafe di Thailand. Walaubagaimanapun, tindakan keterlaluan pemilik kedai itu menimbulkan rasa marah peminatnya.

lisa blackpink

lisa blackpink

Pemilik Kafe MQQN yang bertempat di Bangkok itu telah meninggalkan komen berbaur lucah terhadap Lisa selain turut cuba membida dan menjual tempat duduk mangkuk tandas yang kononnya digunakan oleh gadis itu semasa penggambarannya.

Bukan itu sahaja, malahan pemilik kafe itu turut meninggalkan peralatan makanan seperti sudu dan garfu tidak dibasuh bagi menjualnya kerana mempunyai bekas gincu Lisa. Lagi menyeramkan apabila dia berseloroh dan menyatakan bahawa dia akan cuba mencari rambut kemaluan idola itu sekiranya ada dan akan cuba menjualnya.

lisa blackpink

Disebabkan menerima kecaman yang hebat daripada peminat Lisa yang tidak senang dengan komen berbaur lucahnya itu, pemilik Kafe MQQN itu telah memuat naik permohonan maaf di laman Facebook kedai tersebut. “Saya minta maaf kerana entri negatif itu. Saya minta maaf pada Lisa dan sesiapa sahaja yang terlibat. Kita semua sayang dan menyukai Lisa. Saya minta maaf atas kejadian tersebut. Saya mohon maaf lagi sekali.”

Mungkin terkesan dengan kecaman yang diterima, kafe tersebut nampaknya telah ditutup pada Ahad lepas. Tidak berpuas hati dengan pemilik itu, ramai peminat yang telah memberikan satu bintang sahaja kepada kedai tersebut dan secara langsung menjejaskan reputasinya.

Sumber: Koreaboo, The Strait Times

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...