Ikuti Kami:

COVID-19 Kluster ‘Kelab Itaewon’ Memuncak, 4 Idola Termasuk Jungkook BTS, Cha Eunwoo Dikhabarkan Antara Pengunjung

COVID-19 Kluster ‘Kelab Itaewon’ Memuncak, 4 Idola Termasuk Jungkook BTS, Cha Eunwoo Dikhabarkan Antara Pengunjung

Pasti ramai yang sudah dengan mengenai kes COVID-19 di Korea yang kian meningkat naik walaupun sudah beberapa hari merekodkan sifar kes baru. Pun begitu, dek kerana seorang pengunjung kelab di sekitar Itaewon yang positif virus tersebut, jumlah pesakit kian meningkat. Malahan pihak berkuasa kini sedang menjejaki kesemua pengunjung yang berada di kelab berdekatan bagi melakukan ujian saringan.

Kalau anda nak tahu, telah lama bertiup khabar angin menyatakan bahawa ada idola dan selebriti popular yang turut berada di kawasan disyaki tersebut namun identiti mereka disorok sehinggalah kini. Pun begitu, sebuah syarikat media popular iaitu Disptach mendedahkan bahawa Jung-kook (BTS), Min-gyu (Seventeen), Jae-hyun (NCT) dan Cha Eun-woo (ASTRO) telah melawat dua kelab berbeza pada 25 April lepas!

jaehyun nct, jungkook bts, mingyu seventeen, cha eunwoo astro berada di kelab itaewon

Malahan kerajaan telah meminta sesiapa yang pernah mengunjungi kelab di sekitar Itaewon pada 24 April hingga 6 Mei supaya mengasingkan diri diri di rumah selama 14 hari kerana risiko dijangkiti virus tersebut. Kesemua idola tersebut dikatakan menerima keputusan negatif selepas melalui ujian saringan COVID-19.

jaehyun nct, jungkook bts, mingyu seventeen, cha eunwoo astro berada di kelab itaewon

Pun begitu, disebabkan virus itu boleh menetap dalam badan seseorang itu selama 14 hari, para idola itu perlu melalui proses kuarantin sehingga 10 Mei namun dua daripada mereka nampaknya telah melanggar arahan tersebut.

Kumpulan ASTRO yang baru sahaja mengeluarkan lagu baru menyebabkan Ch Eun-woo terpaksa menghadiri segala aktiviti promosi melibatkannya. Antara jadual seni yang disertainya ialah rancangan radio “CulTwo Show”, “Hidden Track”, “Music Bank” dan “Show! Music Core”.

Manakala Jae-hyun pula menghadiri tiga rakaman untuk program muzik “Inkigayo” pada 26 April, 3 dan 10 Mei lepas di mana dia bertugas sebagai pengacara rancangan tersebut. Jung-kook dan Min-gyu pula didedahkan tidak mempunyai aktiviti seni rasmi sepanjang tarik tersebut.

jaehyun nct, jungkook bts, mingyu seventeen, cha eunwoo astro berada di kelab itaewon

Seorang saksi yang berada di tempat kejadian berkata,

Saya juga berada di sana dan disahkan negatif tetapi saya kekal di rumah.

Lebih merisaukan apabila salah satu kelab yang dikunjungi oleh idola ini telah menghalang perjumpaan dalam kumpulan di premis tersebut kerana ia bercampur di antara bar dan juga kelab, lantas amalan penjarakan sosial tidak dapat dilakukan di dalamnya.

Selepas berita ini tersebar di seluruh media, syarikat naungan Cha Eun-woo, Jung-kook dan Mingyu mengesahkan berita tersebut. Pihak mereka juga memohon maaf kerana artis jagaan mereka tidak mengamalkan penjarakan sosial dan telah memastikan bahawa mereka muhasabah diri atas kesalahan ini.

Nantikan laporan susulan mengenai berita ini.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...