Ikuti Kami:

Choi Jonghoon Minta Mahkamah Pertimbang Hukuman Sebab Sebarkan Video Tanpa Dedahkan Muka Mangsa

Choi Jonghoon Minta Mahkamah Pertimbang Hukuman Sebab Sebarkan Video Tanpa Dedahkan Muka Mangsa

Siapa sangka idola yang disanjungi pandai berlakon baik di hadapan peminat tetapi sebenarnya syaitan bertopengkan manusia di belakang semua. Begitu juga dengan kisah idola Jung Joonyoung dan Choi Jonghoon (bekas ahli ‘F.T Island’) yang telah ditangkap merakam video lucah ramai wanita secara haram selain telah mengedarkannya dalam ruangan sembang peribadi.

Pihak polis sebelum ini telah mereman Choi Jonghoon kerana menawarkan wang sebanyak 2 milion won (RM6,990) kepada pegawai polis di tempat kejadian supaya menutup kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol pada tahun 2016. Selain itu, dia turut didakwa kerana berkongsi rakaman secara haram.

Semasa perbicaraan yang mengambil tempat di Mahkamah Daerah Seoul Tengah pada pagi ini, pihak pendakwa meminta hukuman penjara lelaki itu ditambah selama 1 tahun 6 bulan lagi atas kesalahan merasuah. Jika dia didapati bersalah, dia akan menerima penalti tambahan dan didaftarkan sebagai pesalah seksual, perlu melalui program pemulihan pesalah seksual dan tidak dibenarkan bekerja di institusi melibatkan kanak-kanak dan remaja selama 5 tahun.

choi jonghoon dituduh rasuah

Disebabkan oleh permintaan untuk menambah hukuman ke atas lelaki itu, wakil peguam Choi Jonghoon menyatakan bahawa anak guamnya menafikan pertuduhan rasuah tersebut. Namun mengakui dia menyebarkan rakaman seksual mangsa kepada orang lain.

Dia menafikan tuduhan rasuah tetapi mengaku bersalah atas pertuduhan lain. Tuduhan tersebut adalah tidak benar dan kami akan melawan dakwaan pemberian rasuah itu.

Tolong anggap sahaja bahawa jumlah wang tersebut adalah kecil dan jikalau ia adalah jenayah, mereka tidak menganggapnya sebagai rasuah pada ketika itu.

Peguam tersebut menambah bahawa Choi Jonghoon mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkongsi video yang dirakam secara haram dan meminta mahkamah mempertimbangkannya kerana anak guamnya itu menyebarkannya tanpa mendedahkan wajah mangsa.

Choi Jonghoon meluahkan rasa kesalnya dengan perbuatan jenayahnya itu.

Saya sangat menyesal dengan tindakan bodoh saya dan akan menerima hukuman disebabkan olehnya. Apabila saya pulang ke dalam masyarakat nanti, saya akan menolong komuniti bukan sebagai seorang selebriti tetapi sebagai lelaki biasa.

Choi Jonghoon dan Jung Joonyoung sebelum ini telah pun dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun atas kesalahan merogol.

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...