Dunia hiburan Korea tergempar pada tahun 2013 apabila dua bintang terkenal mengakui bahawa mereka sedang hangat bercinta. Selebriti tersebut tak lain tak bukan ialah pelakon Kim Taehee dan Rain! Mula mengenali satu sama lain menerusi satu iklan bersama pada tahun 2011, tak sangka perkenalan itu membawa kedua mereka sehingga ke jinjang pelamin pada tahun 2017. Pasangan popular itu juga sudah dikurniakan dua cahaya mata , nampak bahagia sungguh Rain dan Kim Taehee!
Meskipun pernah menjadi duta bersama untuk sebuah syarikat beli-belah atas talian yang popular di Korea iaitu Coupang pada suatu ketika dahulu tetapi suami isteri ini langsung tidak bekerjasama sekali selepas mereka berpasangan. Tetapi baru-baru ini, satu syarikat tilam telah mengeluarkan iklan gandingan Rain dan Kim Taehee. Kesemua peminat nyata teruja kerana ini adalah kali pertama selebriti yang seperti merpati dua sejoli itu muncul bersama selepas mereka sah berkahwin!
Satu sumber daripada syarikat tersebut berkongsi sebab utama mereka memilih Rain dan Kim Taehee sebagai wajah utama kepada produk ‘La Cloud’ mereka.
Rain dan Kim Taehee mempunyai hubungan yang sangat sihat dan cantik, di mana ianya sesuai dengan gaya hidup sihat yang digambarkan oleh ‘Bodyfriend’. Sebab itulah kami memilih mereka sebagai model iklan.
Tersenyum simpul betul apabila melihatkan keserasian pasangan suami isteri ini dalam iklan pendek tersebut. Walaupun hanya dalam video, tetapi penonton dapat rasa kebahagiaan pasangan ini menerusi pandangan mata mereka.
Nah saksikan video penuh iklan ‘Bodyfriend’ gandingan Rain dan Kim Taehee!
Sumber: SPOTVNEWS