Ikuti Kami:

Box-Office Korea 107 Hari Suram Dek COVID-19, Hari Pertama ‘Intruder’ Lakonan Song Jihyo Raih Jumlah Penonton Tertinggi

Box-Office Korea 107 Hari Suram Dek COVID-19, Hari Pertama ‘Intruder’ Lakonan Song Jihyo Raih Jumlah Penonton Tertinggi

Setelah 3 bulan tertangguh tayangan dek wabak COVID-19, filem thriller lakonan Song Ji-hyo dan Kim Moo-yeol iaitu “Intruder” akhirnya memulakan tayangan di Korea pada dua hari lepas. Sambutannya nyata tak menghampakan!

Menurut pengumuman yang dilakukan oleh Pertubuhan Filem Korea, “Intruder” berjaya mengumpul seramai 49,578 penonton semasa tayangan hari pertamanya. Bahkan angka itu telah meningkat kepada 50,411 orang pada pagi tadi.

Meskipun catatan ini dikira sederhana kalau nak dibandingkan dengan hari normal, tetapi ia adalah rekod tertinggi bagi mana-mana filem yang ditayangkan sejak wabak COVID-19 menular sehingga mengubah kehidupan normal di Korea.

intruder song jihyo

Filem terakhir yang melepasi garis 40,000 penonton dalam box-office Korea ialah naskhah “Beasts Clawing At Straws” yang ditayangkan 107 hari lepas (19 Februari). Filem ini juga merupakan antara filem terakhir yang masuk ke panggung wayang sebelum saluran hiburan itu ditutup terus dalam usaha membendung penularan virus tersebut di tempat awam.

Bukan sahaja di Korea, malahan “Intruder” kini dalam persiapan untuk diriliskan di 26 negara di seluruh pelosok dunia. Dengan rekod baik yang diraih ini, banyak individu dalam industri perfileman Korea mengharapkan bahawa ia adalah petanda yang baik kepada pemulihan semula box-office Korea selama masa yang kelam sebelum ini.

intruder song jihyo

Filem thriller misteri lakonan si cantik Song Ji-hyo ini membawa kisah Yoo-jin iaitu seorang wanita yang kembali selepas hilang selama 25 tahun. Walaupun ahli keluarga lain gembira dengan kepulangannya, si abang iaitu Seo-jin mula menanam rasa ragu-ragu apabila melihat tingkah laku adiknya itu. Saksikan misteri yang menyelubungi hubungan adik-beradik ini tak lama lagi!

Tahniah Song Ji-hyo dan Kim Moo-yeol!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...