Ikuti Kami:

‘Born Again’ Tutup Tirai Dengan Rating Rendah, Penonton Persoal Plot & Ending Tidak Masuk Akal

‘Born Again’ Tutup Tirai Dengan Rating Rendah, Penonton Persoal Plot & Ending Tidak Masuk Akal

Setelah 16 episod ke udara di saluran KBS, drama misteri “Born Again” sudah pun menamatkan tayangannya kelmarin. Walaupun bermula dengan reaksi yang agak baik namun jalan cerita naskhah itu sepertinya meluru terus ke laut sehingga penamatnya.

Permulaan “Born Again” dianggap menarik kerana mengangkat konsep ‘kelahiran semula’ selain menerapkan elemen misteri dan juga melodrama dalam masa yang sama. Pertalian kehidupan masa lampau dengan masa kini yang berbelit di antara tiga karakter iaitu Jong-beom (Jang Ki-yong), Jung Sa-bin (Jin Se-yeon) dan Kim Soo-hyeok (Lee Soo-hyuk) membuatkan premis cerita ini menjadi lebih menarik.

Plot cerita ke laut, rating menurun

Walaubagaimanapun tarikan tersebut nyata tidak mampu membantu penonton kekal setia sehingga ke penghujungnya dek babak sambungan di antara masa lepas dan masa sekarang yang tidak kemas lantas mengelirukan ramai orang. Bahkan rata-rata komen tidak dapat merasakan keserasian di antara para pelakon utama ini. Kecewanya…

episod akhir born again

“Born Again” hanya mampu meraih rating yang baik pada episod pertamanya apabila mencatatkan rekod 4.1% namun angka itu terus menurun pada episod yang seterusnya sebelum kekal berkeliaran di antara 1% dan 2% sahaja sehingga ke penamatnya.

Rata-rata penonton meluahkan rasa hairan dengan Sa-bin yang bertindak memilih Jong-beom berbanding dengan Soo-hyeok meskipun lelaki itu terang-terangan merupakan ‘stalker’ yang menyeramkan. Bahkan Jong-beom juga terbukti telah melakukan pembunuhan namun wanita itu masih lagi memaafkannya. Walhal Soo-hyeok tidak sengaja terlibat dengan pembunuhan tersebut namun terus menerima pandangan yang pelik daripada Sa-bin.

episod akhir born again

Penulis asal ditukar

Menurut sumber, khabarnya penulis utama untuk “Born Again” ialah Jung Soo-mi pada awalnya. Namun apabila drama ini menghampiri penghujungnya, jawatan penulis tersebut telah ditukar kepada Kim Kyung-min dan dibantu oleh Jung Soo-mi. Berkemungkinan besar garapan plot cerita ini melalui sedikit perubahan atau pun kepincangan dek perubahan ini.

Komen penonton

Jang Ki-yong, Lee Soo-hyuk dan Jin Se-yeon akhirnya kalian bebas daripada drama bodoh ini.

 

Kecewa dengan kesudahannya. Penulis seperti memaksa naratif bahawa Soo-hyeok adalah orang yang berdosa supaya dia tidak dipilh oleh Sa-bin. Pelik betul…

 

Selama 15 tahun saya menonton K-Drama dan menyaksikan banyak drama yang teruk tetapi ‘Born Again’ adalah yang terpaling teruk sekali. Plot dan pembangunan karakter tak masuk akal itu satu hal tapi me’romantik’an hubungan dengan ‘stalker’ dan perhubungan toksik adalah sangat tidak boleh diterima langsung.

 

Saya berterima kasih kepada penulis ‘Born Again’ kerana disebabkan oleh penulisannya yang teruk, saya menjadi seorang peminat K-Drama yang semakin kuat dalam menghadapi dugaan seperti ini.

Tak semua K-Drama itu adalah sempurna…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...