Ikuti Kami:

Blackpink Dedah Sedang Sibuk Dengan Pembikinan Album Baru!

Blackpink Dedah Sedang Sibuk Dengan Pembikinan Album Baru!

Pasti semua sudah merindui untuk mendengar lagu baru daripada kumpulan idola popular iaitu Blackpink. Asyik ulang dengar lagu ‘Whisper’, ‘Boombayah’, ‘Playing With Fire’, ‘As If It Is Your Last’, ‘Ddu Ddu Ddu Ddu’ dan ‘Kill This Love’ sahaja, pasti BLINK mahukan lagu yang baru kan?

Berita baik kerana Blackpink mengumumkan bahawa mereka sedang bekerja keras bagi menghasilkan lagu baru untuk album mereka menerusi “2019 Private Stage [Chapter 1]” di Seoul baru-baru ini.

Dalam mereka bergembira menyambut ulang tahun kumpulan itu yang ke-3 dengan peminat, anggota kumpulan itu tidak lupa untuk mengucapkan rasa terima kasih kepada yang menyokong mereka selama ini. Mereka juga sangat gembira kerana ramai BLINK daripada Korea dan juga luar negara yang datang ke perjumpaan peminat itu.

blackpink album baru

Di samping itu, mereka turut mendedahkan yang mereka sedang dalam proses menghasilkan lagu baru. Selain itu, mereka menyatakan yang anggota Blackpink akan membalas kasih sayang yang dicurahkan oleh peminat dengan album baru mereka itu nanti.

blackpink album baru

Walaupun tak pasti lagi bila tarikh sebenar untuk album baru mereka, rata-rata BLINK melahirkan rasa gembira mereka dengan berita itu. Mereka tidak sabar ingin melihat kesemua anggota Blackpink kembali ke pentas persembahan.

Sumber: Koreaboo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...