Ikuti Kami:

Berlakon Sendiri Babak Terjun Laut, Kim Heeae & Lee Moosaeng Nyaris Dibawa Ombak Deras Dalam ‘The World Of The Married’

Berlakon Sendiri Babak Terjun Laut, Kim Heeae & Lee Moosaeng Nyaris Dibawa Ombak Deras Dalam ‘The World Of The Married’

Semakin menghampiri ke penghujungnya, semakin mendebarkan drama “The World Of The Married”. Dengan pelbagai spekulasi dan tebakan penonton, tiada siapa tahu kesudahan nasib Ji Sun-woo, Lee Tae-oh dan Yeo Da-kyung.

Episod ke-14 baru-baru ini menyajikan penonton dengan sisi lemah Ji Sun-woo selepas sering tampil kuat ketika menghadapi pelbagai kesusahan sebelum ini. Dek kecewa dengan nasibnya, doktor itu mengambil keputusan drastik dengan cuba melemaskan dirinya dalam laut yang berombak deras namun sempat diselamatkan oleh Kim Yoon-ki.

babak berbahaya the world of the married

Sesiapa yang menonton adegan meruntun jiwa tersebut pasti dapat meyaksikan air laut yang mengganas dan nampak berbahaya itu. Mengagumkan kerana kedua-dua pelakon berbakat itu telah melakonkannya tanpa bantuan pelakon lagak ngeri.

Pun begitu, seorang wakil daripada institusi menyelam yang berada di kawasan penggambaran di Pantai Hajodae, bandar Gangneung itu telah menceritakan situasi mencemaskan yang berlaku.

Terdapat situasi di mana kami terpaksa menyelamatkan pelakon tersebut daripada dibawa arus deras. Namun pasukan penyelamat sempat menarik mereka daripada dihanyutkan lebih jauh.

babak berbahaya the world of the married

Kedua-dua pelakon tak berhenti mengucapkan terima kasih kepada para penyelamat yang bertungkus-lumus memastikan keselamatan mereka. Malah, Lee Moo-saeng tidak berhenti mengucapkan terima kasih dan sering memanggil pasukan itu sebagai penyelamat hidupnya.

Penonton yang menyaksikan situasi bahaya itu telah meluahkan rasa risau mereka selain memuji kedua-dua teraju tersebut kerana mengambil serius mengenai tanggungjawab mereka sebagai pelakon dan mahu memberikan persembahan yang terbaik kepada penonton.

Semua penonton boleh nampak yang ombaknya adalah tinggi dan deras.

 

Situasi tersebut nampak sangat berbahaya tetapi mengetahui bahawa Kim Hee-ae dan Lee Moo-saeng tidak menggunakan pelakon ganti membuatkan mereka nampak sangat hebat.

 

Saya ingatkan mereka gunakan pelakon lagak ngeri atau sunting babak tersebut dengan efek, tak sangka langsung…

 

Nasib baik pihak produksi menyedari betapa bahayanya situasi tersebut dan mengupah pasukan penyelamat untuk para pelakon…

 

Saya lega Kim Hee-ae dan Lee Moo-saeng baik-baik sahaja…

Berdebar jantung masa tengok babak ni!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...