Ikuti Kami:

Bekas Idola Dedah Kecuaian Pengurus Ketika Memandu, Agensi Beri Respons Kasar Apabila Disoal Ibu Bapanya

Bekas Idola Dedah Kecuaian Pengurus Ketika Memandu, Agensi Beri Respons Kasar Apabila Disoal Ibu Bapanya

Pasti ramai yang mengetahui bahawa kehidupan idola K-Pop bukanlah indah seperti yang disangka. Memang mereka mempunyai ramai peminat dan sering ke serata dunia bagi menjalani konsert jelajah mereka, tapi banyak lagi cerita buruk yang tidak pernah diceritakan kepada orang ramai mengenai kehidupan di belakang tabir mereka.

Baru-baru ini, salah seorang bekas ahli kumpulan Brave Girls iaitu Han Yejin telah mendedahkan antara kisah buruk yang dialaminya semasa aktif sebagai idola di bawah nanungan syarikat Brave Borothers.

han yejin brave girls dedah pengurusnya yang cuai memandu

“Terdapat banyak sebab kenapa saya berhenti menjadi idola. Adakah sebab saya tidak terkenal? Adakah kerana saya tidak membuat wang yang banyak? Sebabnya ialah saya berasa seperti nyawa saya berada dalam bahaya.

“Kami telah menerima seorang pengurus baru pada masa itu. Suatu hari, ketika hujan renyai-renyai, pengurus tersebut telah memandu kereta dan kami semua berada di bahagian penumpang belakang. Kesemua ahli lain sedang tidur dan tidak sedar apa yang berlaku tetapi saya berasa pelik lantas terjaga daripada tidur.

“Pengurus itu sedang bermain dengan permainan di dalam telefon bimbitnya sambil memandu. Dia juga merehatkan sebelah kakinya di atas dashboard dan memandu dalam keadaan berbaring.

han yejin dedah pengurusnya yang cuai memandu

“Saya kemudiannya merakam insiden itu dan menghantar rakaman tersebut kepada kedua ibu bapa saya. Mereka terus marah dan meminta syarikat supaya menjaga saya dengan lebih baik kerana situasi berbahaya itu. Tetapi pihak syarikat hanya membalas, ‘Jangan libatkan diri awak dengan syarikat kami.’

“Ibu bapa saya terus meminta saya supaya berhenti dan saya juga tidak dapat meneruskan kehidupan itu atas sebab yang lain jadi saya membuat keputusan untuk meninggalkan kumpulan itu.”

Kebanyakan netizen yang membaca kisah ini terus mengkritik agensi tersebut kerana bertindak sambil lewa mengenai keselamatan artis mereka. Mereka juga tidak dapat menerima respons kasar yang diberikan oleh Brave Brothers kepada kedua ibu bapa Yejin yang risaukan keselamatan anak perempuan mereka itu.

Kalau anda nak tahu, kisah pengurus idola yang memandu secara berbahaya bukanlah suatu cerita asing dalam industri itu. Antara kes akibat kecuaian pengurus ialah kemalangan yang melibatkan kumpulan idola Ladies’ Code. Kisah ini lebih menyedihkan kerana selepas bertarung nyawa, dua orang ahli kumpulan itu iaitu Rise dan EunB tidak mampu bertahan dan akhirnya meninggal dunia.

rise dan eunb meninggal dunia kerana kemalangan kereta

Nampak gayanya, pengurus yang ditugaskan untuk memandu para idola dari satu aktiviti seni ke aktiviti seni yang lain seharusnya lebih berwaspada. Memang mereka ingin cepat sampai ke destinasi untuk melancarkan proses rakaman tetapi nyawa kesemua idola dan juga pengurus itu sendiri adalah lebih penting.

Sumber: Netizenbuzz

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...