Ikuti Kami:

Bawa Watak Suami Curang Dalam ‘VIP’, Lee Sangyoon Risau Nak Baca Cacian Penonton

Bawa Watak Suami Curang Dalam ‘VIP’, Lee Sangyoon Risau Nak Baca Cacian Penonton

Dengar cerita ramai peminat K-Drama sekarang ini yang tak senang duduk apabila menonton drama melodrama iaitu “VIP”. Hari-hari mesti sahaja ada yang sebut mengenai drama ini. Hebat betul penangannya!

drama vip

Bagi yang tak tahu, “VIP” mengisahkan tentang rahsia tersembunyi oleh sebuah pasukan yang menguruskan klien VIP di sebuah pusat membeli-belah terkenal. Na Jungsun (Jang Nara) merupakan seorang ahli pasukan itu dan mempunyai bakat bercakap yang baik selain sangat cekap dalam melakukan kerjanya. Dia juga hidup bahagia dengan suaminya iaitu Park Sungjoon (Lee Sangyoon) yang juga merupakan ketua pasukannya.

Tapi tidak disangka apabila satu mesej misteri yang diterimanya mendakwa bahawa suami tercintanya itu mempunyai hubungan sulit bersama salah seorang ahli lain pasukan itu. Na Jungsun mula mengesyaki suaminya dan cuba membongkarkan rahsia kecurangannya itu. Dalam usahanya mencari keadilan, dia turut tanpa sengaja membongkar rahsia lain mengenai tiap-tiap rakan sekerjanya.

[Amaran SPOILER]

jang nara vip

Ramai penonton yang menahan makian kerana selepas terbongkar rahsia sebenar kecurangan itu, siapa sangka skandalnya sebenarnya adalah anak pengarah dan seorang wanita muda iaitu On Yoori yang turut bekerja dalam satu kumpulan dengan mereka. Lagi menyebabkan amukan apabila wanita muda itu menggunakan muka kesiannya untuk meraih simpati Sungjoon seterusnya membuatkan suami Jungsun melukakan hati isterinya lagi.

lee sangyoon vip

Lee Sangyoon yang melakonkan watak suami tak guna itu telah memuat naik satu entri di laman Instagramnya. Mungkin terkesan dengan makian penonton kerana lakonannya yang menjadi, dia telah berseloroh bahawa dia sedih asyik membaca cacian mereka di media sosial.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...