Ikuti Kami:

Bawa Kisah Curang, Kenapa Penonton Boleh Terima ‘When My Love Blooms’ Tapi Tidak ‘The World Of The Married’?

Bawa Kisah Curang, Kenapa Penonton Boleh Terima ‘When My Love Blooms’ Tapi Tidak ‘The World Of The Married’?

Banyak betul drama Korea yang sedang ke udara sekarang ini, macam-macam genre pula yang disajikan. Ada thriller, ada aksi, ada melodrama dan banyak lagi! Tapi penonton kini perasan sepertinya tema curang sepertinya acap kali diketengahkan di dalam beberapa naskhah K-Drama kini.

Paling popular sekarang ialah “The World Of The Married” di mana ia membawa kisah tragis rumah tangga Ji Sun-woo (Kim Hee-ae) yang bermula apabila dia membongkarkan rahsia kecurangan suaminya sendiri, Lee Tae-oh (Park Hae-jun) bersama dengan seorang perempuan muda iaitu Yoo Da-Kyung (Han So-hee). Lebih menyerabutkan kerana kedua-dua teraju utama sedang dalam misi untuk merosakkan kehidupan satu sama lain.

kisah curang the world of the married

Baru-baru ini pula sebuah naskhah melodrama bertajuk “When My Love Blooms” juga mula ke udara dan juga mempunyai kisah curang di dalamnya. Han Jae-hyun (Yoo Ji-tae) merupakan seorang lelaki yang berusia 40-an dan dia adalah seorang ahli perniagaan yang kacak, bercita-cita tinggi dan kaya. Dia yang sudah pun berkahwin dengan seorang wanita berpengaruh iaitu Jang Seo-kyung (Park Si-yeon) mula goyah apabila bertemu semula cinta pertamanya Yoon Ji-soo (Lee Bo-young) selepas 20 tahun terpisah.

Dalam episod “When My Love Blooms” baru-baru ini, penonton dapat melihat hubungan Jae-hyun dan Ji-soo yang mula mekar selepas lelaki itu memujuk wanita tersebut selepas dimalukan di sebuah majlis dek kerana perangai isterinya. Terharu dengan kata-kata lembut Jae-hyun, Ji-soo lantas mendakap dan mencium cinta pertamanya dan babak itu menyebabkan hati penonton berasa sayu.

when my love blooms curang

Walaubagaimanapun, perbuatan lelaki itu nyata salah kerana dia masih mempunyai isteri yang sah dan walaupun dia mencintai Ji-soo sedalam mana pun, ia adalah tidak bermoral. Tak kurang juga yang mempertikaikan kenapa adegan curang dalam “When My Love Blooms” nampak romantik tetapi watak suami curang Lee Tae-oh dalam “The World Of The Married” menerima cacian ramai.

Isteri Jae-hyun yang curang dahulu, Ji-soo adalah ibu tunggal dan mereka berdua ialah cinta pertama masing-masing. Tak rasa macam sesuai nak bandingkan dengan ‘The World Of The Married’.

 

‘The World Of The Married’ adalah kisah curang thriller yang saspens manakala ‘When My Love Blooms’ pula adalah memori indah dan kisah curang yang ‘dicantikkan’.

 

Dua-dua adalah kisah curang. Gila siapa yang cakap kisah curang ini telah ‘dicantikkan’. Kalau ya pun cinta pertama, sepatutnya simpan ia sedalam yang mungkin sepanjang hidup.

 

Ia adalah kisah curang, Kalau nak dilihatkan, mungkin Jae-hyun lagi jahat daripada Lee Tae-oh sebab cinta pertama adalah cinta yang sangat suci.

 

Curang adalah romantik bila saya yang buat dan jahat apabila orang lain yang buat.

So, apa pula pendapat anda yang tonton drama bertema sebegini?

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...