Akhirnya selepas lama ternanti-nanti, drama terbaru Ji Chang-wook dan Kim Yoo-jung iaitu “Backstreet Rookie” telah menyapa penonton yang tidak sabar menunggu kelmarin. Penantian penuh pengharapan itu nampaknya menghampakan apabila naskhah itu menerima kritikan hebat walaupun baru satu episod ditayangkan.
Sinopsis ringkas
Membawa kisah seorang pemilik kedai serbaneka yang kalut iaitu Choi Dae-hyun (Ji Chang-wook) dan pembantunya yang cantik, Jung Saet-byeol (Kim Yoo-jung). Pengenalan di antara mereka bermula apabila Saet-byul yang merupakan pelajar sekolah menengah pada ketika itu telah membuli lelaki tersebut untuk membeli rokok dan sebagainya. Walaupun Dae-hyun ada memberi nombor telefon kepada gadis itu, tetapi sehingga ke sudah dia tidak menghubunginya.
4 tahun kemudian, Dae-hyun memulakan perniagaan kedai serbaneka dan tanpa disangka Saet-byul datang memohon kerja separuh masa di situ. Gadis yang bermasalah dahulu kini merupakan seorang pelajar universiti yang berpegang teguh dengan moral baik.
Webtoon asal “Convenience Store Saet-byul” penuh kontroversi
Kalau anda nak tahu, drama ini sebenarnya diadaptasikan daripada sebuah webtoon popular di Korea bertajuk “Convenience Store Saet-byul”. Pun begitu, webtoon ini sebenarnya memaparkan pelbagai babak yang keterlaluan serta berbaur lucah. Disebabkan itu, ramai yang membantah adaptasi drama daripada garapan ini kerana kandungannya yang tidak sesuai dengan penonton bawah umur.
Pun begitu, pihak produksi “Backstreet Rookie” menjanjikan plot yang berbeza dan diubah mengikut kesesuaian umum selain menjanjikan sebuah drama yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga.
Episod pertama dikecam penonton
Walaubagaimanapun, penonton meluahkan rasa kesal kerana banyak antara babak yang ditonjolkan dalam episod perdana “Backstreet Rookie” tidak sesuai langsung ditonton oleh individu bawah umur meskipun had umur untuk naskhah tersebut ialah 15 tahun dan ke atas.
Antara babak yang menerima kecaman penonton ialah:
Pelajar sekolah perempuan berkaraoke
Adegan ciuman antara pelajar sekolah dan lelaki dewasa
Perkhidmatan pelacuran yang jadi bahan lawak
Penulis komik seksual
Komen netizen:
Kenapa adaptasi jadi drama? Ji Chang-wook dan Kim Yoo-jung tak baca ke webtoon asal sebelum terima tawaran berlakon ini?
Apa sahaja yang boleh keluarga tonton menerusi drama ini?
Kenapa benarkan pelajar yang menyarung uniform sekolah mencium lelaki dewasa?
Kenapa perlu masukkan babak karaoke tersebut?
Salah satu babak kontroversi ialah pelajar bawah umur suruh lelaki dewasa belikan rokok dan kemudian berikan ciuman kepadanya. Mereka kekalkan juga babak lukisan berbaur seksual dan juga pelacuran.
Jikalau episod pertama pun dah macam ini, maknanya Ji Chang-wook dan Kim Yoo-jung dah baca skrip tetapi masih bersetuju untuk membintanginya. Kenapa pilih drama ini?
Tak ada webtoon lain ke yang boleh dijadikan drama?
Macam mana pihak produksi boleh cakap drama ini sesuai ditonton oleh seisi keluarga? Gila ke!
Meskipun menerima banyak kritikan tetapi “Backstreet Rookie” berjaya meraih rating yang baik untuk episod pertamanya iaitu 4.8% dan 6.3%.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.